Isnin, Januari 26, 2004

Lokman Adam keluar dari KeAdilan dan menyertai Umno. Hmm, selepas kira-kira enam bulan keluar dari tahanan ISA. Begitu kenyataan Ezam. Ah, sukar utk percaya. Dan Lokman kemudian menafikannya pula. Eh, yang mana satu ni? PAsti ada pihak yang bertepuk tangan.

Memo 1: Perjuangan menuntut keikhlasan. Perjuangan Islam takkan terhapus dari muka bumi ini.

Malam semalam tengok Semerah Padi di Astro Ria. Aku anggap ia antara filem terbaik P.Ramlee. Aduka berzina setelah digoda oleh kekasihnya Dara yang menjadi tunangan Taruna, kawan baiknya. Adegan terbaik dalam filem ini, pastinya tatkala Penghulu merotan Aduka dan Dara dengan 100 kali sebatan kerana mereka bujang. Kalau salah seorangnya dah berkahwin, tentunya akan DIREJAM!
Dan kalau tak silap dengar aku, dua kali penghulu menyebut, dia takkan berpaling daripada melaksanakan apa yang terkandung dalam ayat-ayat suci al-Quran al-Karim.

Memo 2: Itulah jawapan utk menangani kes rogol dan bunuh yang makin menjadi-jadi la ni. Laksanakan apa yang terkandung dalam kitab suci orang Islam.

Aku pergi berurut petang tadi. Sejam juga tubuh ini diuli-uli. Fergh, terasa segar seluruh tubuh. Perjalanan darah terasa lancar. Bukan ada sakit apa pun, cuma dah lama aku tak berurut. Sejak Mei tahun lalu kalau tak silap. Tapi Wak tu kenal lagi muka aku ni. Dan kebetulan aku seorang je masa tu, lantas kami berbual tentang pelbagai perkara. Aha, banyak jugalah tips-tips penting yang aku dapat. Hehe!

Sebenarnya, bila bercakap tentang berurut ni, aku meluat dengan sikap kebanyakan orang kita. Mereka ni malu tak bertempat. Malu nak pergi urut. Takut dikata 'lemah', layu dan sebagainya. Walhal, tak semestinya orang yang bermasalah pergi berurut. Bagi yang bujang dan bakal berkahwin pula, lagilah. Merah padam muka bila diajak@disaran pergi berurut. Sedangkan itulah salah satu cara untuk pemuda menyuntik rasa "confident" menghadapi malam pertama.

Memo 3: Untuk berperang, bukan saja senjata berkesan diperlukan, tapi juga keyakinan.


0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP