Jumaat, Januari 30, 2004

Pusat data di KL bermasalah katanya. Jadi, tak dapatlah aku update blog ni selama dua hari.

i
Pelbagai spekulasi kedengaran tentang masa depan KeAdilan. Entahlah. Tunggu dan lihat, apa adegan seterusnya.
Debar dan kehangatan pilihan raya makin terasa? Itu juga soalan yang sukar dijawab. Makin terasa itu pastinya bagi mereka yang berjuang, kukira. Yang lain-lain mungkin masih cool dan sejuk macam biasa.

ii
Aku balik ke Batu Pahat esok. Beraya di sana. Di Senggarang, rumah mertua. Raya puasa dulu dah balik Endau. Gilir-gilir. Syukurlah, krisis 'balik rumah mana' tak timbul sebab kami seJohor. Inilah rahmat nikah dengan orang senegeri. Hehe. Jarak dari Senggarang ke Endau kira-kira dua setengah jam. Dari Endau ke Segamat juga dua setengah jam. Dari Segamat ke Senggarang pula sekitar dua jam.
Salam Eidil Adha. Maaf batin zahir.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP