Sabtu, Februari 28, 2004

Khamis
Hari Sukan. Rumah Biru (Solahuddin al-Ayubi) merampas tempat pertama sbg juara kejohanan drpd rumah Kuning. Terimbau kembali zaman kegemilangan rumah Biru semasa aku menjadi pelajar di sini dulu. Nama kawan-kawan yang menjadi atlit rumah Biru zaman kami dulu masih kuingat. Yazed, Aca, Shaharun, Syahmee, Raihan dll. Aku kini guru penasihat rumah Hijau pula. Hahaha. Tercorot hijau tahun ini setelah beberapa tahun menduduki tempat ketiga saja.

Hari ini juga natijah STPM diumumkan. Subhanallah! Terbaik dalam sejarah SMKAS. 27 pelajar drpd 31 calon meraih 5P. 3 orang lagi 4P. Cuma seorang dapat 3P. Nampaknya seisi kelas 6 Atas tahun lepas akan masuk IPTA beramai-ramai. Dua calon yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik mendapat 4A 1B – iaitu Syazwan dan Zaturrawihah. Syazwan juga satu-satunya pelajar yang score A dalam Bahasa Arab. Mabruk!

Sabtu
Natijah SPM diumumkan. Aku berpagi lagi ke SMKAS untuk menyediakan alat siaraya. PPD mengumumkan keputusan daerah secara keseluruhan. Bagi SMKAS, dua pelajar mendapat 10A. Pelajar terbaik, Khairunnisa Hamdan beroleh 8 A1, 2 A2 dan 1 B3. Fareed Sairi pula beroleh 8 A1, 2 A2 dan 1 B4. Mabruk!

Nampaknya, natijah SPM dan STPM 2003 dapat mengubat kehibaan kami ekoran natijah PMR yang tidak memuaskan hati semua, sekurang-kurangnya!


0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP