Isnin, Februari 23, 2004

Letih. Baru pulang dari KL. Malam tadi tidur di Putrajaya. Malam Sabtu dan Ahad pula di BBB – rumah kakak ipar.

Sabtu
Aku banyak berjumpa kawan-kawan lama pada hari Sabtu lepas. Antaranya, Azmi Hashim junior aku di SMKAS dulu. Aku memang baik dengan dia sebelum dia ke KISAS selepas mendapat 9A dalam PMR 1993. Bayangkan dah 10 tahun lebih tak jumpa. Hebatnya ingatan dia, masih dapat cam aku lagi! Sejam lebih juga bersembang macam-macam hal dengan Azmi yang masih bujang. Dia ni dulu belajar Kejuruteraan Mekanikal di Sheffield, UK.

Jam 9 malam, aku bertemu Nazmi Yaakub dan Ashadi Saiman di Bucu DBP. Memang pertemuan terancang. Lama tak berjumpa, kami bersembang santak jam 12 lebih. Macam-macam hal dibualkan termasuk sastera, politik, perundangan, nikah kahwin, dsb. Ashadi bekerja di firma guaman di Sg. Buloh. Dia peguam lepas UIA.

Ahad.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1425. Kullu aam wa antum bikhayr!Sebelum zohor, kami (aku dan isteri) ke Pustaka Syabab di tingkat atas Billion, BBB. Saja cari buku. Banyak yg mahu dibeli, tapi aku sengaja buang hasrat itu bila teringat timbunan buku di rumah yang belum dibaca. Akhirnya, aku cuma ambil 3 kaset ceramah Ustaz Shamsuri dan album terbaru Hijjaz berjudul Pelita Hidup 3.

Bila pasang kaset baru Hijjaz tu mula-mula aku sangka ia rosak. Semacam je bunyi intronya. Rupanya itulah gimik Hijjaz kali ini sebelum Munif mendendangkan lagu Hukum Tuhan. Aku suka lagu-lagu lama yang diberi nyawa semula oleh Hijjaz macam lagu Patah Pujangga dan Rasa Cinta (kalau tak silap). Sebenarnya memang dah dua tiga minggu juga berhajat nak beli kaset ni, tapi tak berjumpa. Aku tak beli kaset kumpulan nasyid lain kecuali Hijjaz, Raihan dan In-team.

Isnin.
Dari Putrajaya kami terus ke Seremban. Malam tadi tidur rumah Pidah sepupu aku. Dia dan Halim suaminya kerja di JAKIM. Sempatlah kami merayau-rayau di wilayah baru tu. Tapi, aku tak kagum sangat dengan bandar mewah itu bila teringatkan ramai lagi setinggan yang tiada rumah di Kg. Pandan dan Titiwangsa. Ramai lagi rakyat Malaysia yag kais pagi makan pagi, kais petang makan malam. Dan pada zaman Saidina Umar dulu khabarnya, pengembara Parsi tak jumpa cari istana Khalifah!

Di Seremban, terus pula ke Sikamat. Aku ke SMKA SHAMS di sebelah TKC. Ziarah kawan serumah aku masa di Yarmouk dulu, Ustaz Khazri. Makan tengahari di rumahnya dan solat zohor di surau sekolah itu. Terbeliak mata aku tengok mimbar dalam surau. Lerrr, rupanya pelajar sekolah ini berJumaat di sini tanpa perlu pergi ke masjid luar sejak tahun 2000 lagi. Bagus betul Mufti NS ni, tak menyusahkan orang nak bersolat Jumaat. Kalau di negeri aku, jangan mimpilah. Depa takut teks khutbah diubah oleh ustaz-ustaz di sekolah berasrama kot.

Kebetulan juga semalam Maal Hijrah, jadi kawan aku ke Ekspo Maal Hijrah NS di tempat yang sama diadakan Karnival TV3 Sure Heboh bulan lepas. Masa karnival tu Seremban jammed teruk. Tapi lain pula jadinya pada ekspo Tahun Bari Islam ni. Kesian pegawai-pegawai jabatan agama yang membuat pameran di ekspo tu. Mereka mengeluh, kami penat tunggu orang tak datang-datang, ustaz!


0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP