Rabu, Februari 25, 2004

NARATIF SIASI

1. Seorang pemimpin yang tidak terkenal ditahan ekoran kes rasuah kononnya kerana jumlah wang rasuahnya dikatakan terlalu sedikit. Kalau lebih besar jumlahnya dan namanya sedikit popular, pasti dia terselamat.

2. Seorang pemimpin maha agung terpaksa meletakkan jawatan kesayangannya kerana terlepas cakap (mahu ditarik balik terasa amat segan!). Kalau diperhatikan pada kadar pembangunan (yg mega-mega) dan pembaziran wang rakyat yang dibuatnya seolah-olah beliau tidak mahu berenggang dengan jawatannya sampai modar.

3. Seorang pemimpin wanita pula diberitakan terpaksa memakai pampers kerana ketakutan. Cuak benar dia kalau-kalau namanya tercatat sama dalam senarai tokoh korupsi. Kalau dilihat pada pertuduhan ke atasnya yang sudah tidak larat mahu dibaca, seharusnya dia bukan lagi layak memakai Pampers bersaiz biasa. Seram sejuk tubuhnya, kejap-kejap mahu terkencing.


0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP