Selasa, Mac 16, 2004

1
Ya, segalanya mungkin! Sebaik aku selesai update blog ini pada hari penamaan calon lepas, aku menerima SMS daripada seorang sahabat yang sumbernya sangat dipercayai: PAS beroleh anak sulung di Johor. Kerusi ADUN Senggarang dimenangi secara percuma oleh calon PAS Dr. Ramli Kari kerana calon BN Shamsiah Rashidah Ibrahim tersalah mengisi borang.

SMS gesit beredar. Pertanyaan menuntut kepastian tentang kemenangan datang bertalu-talu daripada sahabat-sahabat di seluruh negara. Syukur. Nampaknya, tak payahlah aku dan isteri berkejar ke Senggarang pada 21 Mac ini untuk mengundi di sana kerana pemenangnya telah diumumkan. Isteriku orang Senggarang, dan kami bercadang untuk bergegas dari Endau sebaik aku selesai mengundi di sana.

Kadangkala sukar mahu percaya, betapa mudah Allah memberi kemenangan. Tanpa perlu menyogok duit kepada calon, menabur duit kepada pengundi; ia tiba-tiba menjelma. Dan kini BN dan Umno Johor sangat murka kepada calon kerana kecuaiannya mengakibatkan PAS berjaya menghantar wakilnya ke DUN Johor.

2
Esoknya, Johor sekali lagi digegar. Kali ini, Kota Tinggi pula mengambil giliran. Calon PAS di Parlimen Kota Tinggi, Abu Bakar Sakak pula menarik diri daripada bertanding pada jam 4.30 petang. Imam dan bekas nazir sekolah agama itu mendakwa menarik diri secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Tambahnya lagi, dia tidak mahu perpecahahan terus berlaku dalam masyarakat. Perpecahan? Apabila isu itu (perpecahan) disebut, barangkali kita sudah dapat menelah siapa dalang di belakangnya.

Mengapa ia mudah ditelah? Kerana perpecahan bukan isu baru. Itu isu sejak zaman para anbiyak wa mursalin lagi. Mujtamak Arab di Mekah dulupun dikaitkan dengan isu ini bila Islam muncul dibawa oleh Nabi. Yang memainkannya siapa lagi jika bukan Abu Lahab dan Abu Jahal yang takut kedudukan mereka tergugat. Malaun berdua itu tahu benar bahawa Islam itu benar.

Memang ini tasfiah atau penyaringan. Hanya Allah Maha Tahu berapa ramai orang yang melaknat calon yang berlaku khianat! Nauzubillah min zalik.


0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP