Khamis, Mac 04, 2004

I
Aku sebenarnya hilang mood untuk mencoret di blog ini sejak menjelang Mac. Apatah lagi dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan hari ini, 4 Mac 2004. Debar makin menggunung. Resah kian mengapung.

Bukan kerana aku minat politik. Bukan kerana aku pemerhati politik tidak bertauliah. Tapi barangkali kerana aku lebih terkenangkan survival Islam dan Melayu di Malaysia ini (sebenarnya ada 8 sebab lagi yang menyebabkan aku gelisah menanti sekali lagi proses demokrasi (dipimpin) ini berlangsung).

(Survival Islam dan Melayu seakan kelam dan maya bila terimbas SAR yang disekat dan ditutup, LUTH yang khabarnya terjerumus dalam tahi judi, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan banyak lagi.)

Di benakku tertanya: Siapa sebenarnya pembela agama dan bangsa?

II
Justeru, parlimen dibubarkan hari ini. DUN2 juga dibubarkan sekali. Maknanya, tiada siapa lagi yang bergelar Perdana Menteri, Menteri apalagi Menteri Besar. Maka haramlah segala jentera kerajaan dijadikan alat untuk membaham pihak lawan oleh parti pemerintah. Tapi, andai ia berlaku, memanglah pilihanraya ini tidak bersih dan pihak yang berbuat demikian tidak bermaruah!

Dan rasanya memang ia berlaku ….
Lalu aku diburu cuak. Apakah Pilihanraya Umum ke-11 ini akan jadi yang terkotor dalam sejarah?

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP