Rabu, Mac 17, 2004

i
Barangkali aku tersilap. Aku sesungguhnya terlupa betapa di setiap tempat mengundi ada dua kerusi yang dipertandingkan - DUN dan Parlimen. Justeru, kami akan bergegas juga ke Senggarang pada tengah hari 21 Mac ini untuk memilih ahli Parlimen Batu Pahat. Hanya satu kerusi yang tinggal di sana.

ii
Dalam Islam, kalau tak silap ada 6 syarat yang membolehkan kita mengumpat. Antaranya, dibolehkan mengumpat (bahasa lembutnya menyatakan keburukan seseorang, bahasa kasarnya pula menyerang peribadi) tatkala berhadapan dengan seseorang yang zalim. Kita mesti memberitahu orang lain tentang kezaliman atau keburukan seseorang itu bagi mengelakkan orang lain pula dizalimi atau kezaliman terus berleluasa. Misalnya, kalau pemimpin zalim, korup, tahi judi, kaki botol, kaki betina dan yang sewaktu dengannya sangat wajiblah diberitahu dan diwar-warkan kepada umum, agar masyarakat terselamat dan terhindar dari mala bahaya.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP