Isnin, Mac 22, 2004

Saya tidak mahu mengulas apa-apa tentang Pilihanraya Umum yang terkotor dalam sejarah. Sejurus ini, saya akan berkabung beberapa hari kerana terlalu sedih dengan proses demokrasi yang telah tercalar dan musibah yang menimpa pejuang-pejuang Islam. Jasmani saya serasa longlai dan tidak bermaya hari ini.

Juga, pagi tadi, kita kehilangan tokoh mujahid Islam yang ulung iaitu Syeikh Ahmad Yassin. Beliau, pengasas gerakan HAMAS syahid selepas solat subuh apabila dibedil oleh tentera Yahudi. Al-Fatihah!

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP