Sabtu, April 10, 2004

Assalamualaikum.
Lebih dua minggu saya tidak kemaskini. Maafkan saya kepada pengunjung yang tidak menemui apa-apa tulisan/perubahan sepanjang tempoh berkabung itu. Namun begitu saya perasan, dua tiga ratus juga kunjungan yang masuk. Alhamdulillah, kita bertemu semula. Perjuangan mesti diteruskan meski dunia kini penuh pancaroba dan penipuan.

Hmm, hari ini dan semalam saya menjadi pembimbing dalam Bengkel Penulisan Kreatif anjuran PPD Segamat. Peserta ada 23 orang. Saya kena bimbing 5 orang dalam genre novel. 10 daripada mereka akan dipilih mewakili Segamat ke Perkampungan Penulis Muda Johor di Tebing Tinggi pada 27-29 April nanti. Oh ya, Segamat jadi tuan rumah Karnival Bahasa tahun ini.

Lepas bengkel biasalah, walaupun cuma menjadi facie, semangat turut teruja. Harap-harap novel terbaru yang baru satu bab lebih itu akan bergerak maju, lagi dan lagi. Ditambah, saya juga sudah mengetahui (sebetulnya, mengagak sekian lama) seorang penulis muda yang akan memenangi peraduan novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 yang akan diumumkan pertengahan Mei depan. Tahniah ya, saudara!

Dan, kini kami juga telah berpindah ke rumah baru. Ahlan wa sahlan! Tapi barang-barang belum selesai dikemas lagi.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP