Selasa, Mei 25, 2004

+
Kak Nisah menghubungi saya lewat sms. Katanya ada Wacana Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan di Hotel Quality pada hari Sabtu, 29 Mei ini. Ya, saya akan pergi, tapi hotel itu di mana? Kak Nisah balas: ala di Jalan Raja Laut, sebelah Sogo, dekat-dekat dengan Pertama Complex. Boleh naik STAR turun di Bandaraya atau Komuter turun di Bank Negara. Ye ke gitu? Saya bukan tau sangat KL ni. Main redah saja. Tapi saya tak takut sesat. Manusia ikhlas dan berniat baik untuk ke majlis ilmu, Tuhan suka. Saya pasti menemui lokasinya. Bayaran daftar RM60. Terhad untuk 30 peserta sahaja. Tapi Utusan Malaysia semalam mencetak, program bermula 8.30 malam. Hahaha. Ada ralat di situ. Kak Azah membetulkannya semula lewat sms. Sebenarnya 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Dan Kak Azah baru menelefon saya sebentar tadi, mahu memastikan kehadiran. Insya Allah.

-
Yang geramnya, sekolah saya yang memang layak dianggap sekolah tersibuk di Segamat akan menjadi lokasi pertandingan pidato pada hari tersebut. PPD pun satu, macam dah takda sekolah lain di Segamat nak menjadi tuan rumah. Asyik-asyik SMKAS. Sabtu lepas, Hari Guru peringkat daerah di sekolah kami. Pagi Jumaat ni, ada Kuiz Koperasi, juga di sekolah kami. Hari Sabtu pun boleh terselit lagi. Ya rabbi. Yang jadi mangsa semestinya adalah guru-guru sekolah ini sebab terpaksa menjadi AJK kecil dan program-program hujung minggu hatta PMP pun banyak terganggu. Guru-guru sekolah lain enak-enak berjalan ke lain, kita terpaksa jadi pak pacak di sekolah setiap hujung minggu menanti tetamu/peserta di dewan besar. Pernah satu ketika dua program serentak pada satu hari. Di dalam dewan ada program lain, di dataran letak kereta ada program kawat kaki. Semua orang merungut, bukan saya saja. Tapi suara kami kecil.

+
Houllier akhirnya dipecat oleh Liverpool selepas 6 tahun menerajui pengurusan kelab paling berjaya di Britain itu. Baguslah tu. Carilah pengurus yang lebih baik. Nasib baik Pool layak ke UCL. Lega. Harap pengurus baru nanti akan menerapkan permainan yang lebih menghiburkan dan menyerang seperti Arsenal.

-
Salwa, anak murid saya di sini, gagal ke MPR sebab lewat jawab surat. Rupanya hanya 40 calon terawal yang reply / respons semula kepada DBP sahaja yang terpilih ke Genting. Silap keluarganya juga yang tidak memaklumkan surat yang telah sekian lama tiba di rumah. Salwa di asrama, manalah dia tahu surat dah sampai lebih dua minggu. Saya hubungi A. Wahab Hamzah, bertanya kalau-kalau ada can menyelit lagi. Jawapannya negatif. Namanya dibawa ke tahun depan. Dia baru 16, muda lagi. Harap-harap tidak melepas ke MPR macam saya dulu. Kesian.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP