Selasa, Jun 08, 2004

+
Demam EURO 2004 makin terasa. Harap pasukan favorite saya iaitu Belanda akan berjaya. Ia pasukan pilihan saya sejak kecil seperti Liverpool namun seringkali tidak bernasib baik di kejohanan besar. Sejak Euro 96, Holland sering tersingkir dgn sepakan penalti walaupun bermain sangat baik dan memang layak menjadi juara. Pada Piala Dunia 1998, Holland bermain lebih baik drpd Perancis dan Brazil yang layak ke final, tetapi tersungkur di semis di tangan Brazil apabila tewas penalti. Namun, kali ini pemain individu agak kurang mengisi kesebelasan Holland berbanding zaman kegemilangan Ruud Gullit, Marco van Basten, Frank Rijkaard, Dennis Bergkamp dan Ronald Koeman. Selain Kluivert, Overmars, Davids, Seedorf, Stam, van der Sar, Cocu dan Zenden, pemain-pemain lain belum dapat dipastikan kehebatan mereka di kejohanan antarabangsa begini. Pasukan-pasukan pilihan yang lain tentunya Perancis (yang sangat bergantung kpd Zidane, Henry, Viera dan Pires), Portugal (selaku tuan rumah) dan Itali (pasukan yang sangat pasif dan tahu bertahan je - ingat lagi semis Euro 2000) dan England (sukar dijangka kemampuannya).

-
Dewan Sastera bulan Jun menampilkan fokus sasterawan wanita terkenal yang ikhlas dan tabah iaitu Fatimah Busu. Memang kita menanti novel terbarunya berjudul The Missing Piece sambuangan kpd Ombak Bukan Biru yang terbit lebih 20 tahun dahulu. fatimah sudah lama menyepikan diri tetapi kini kembali muncul berkarya dan telah melancarkan kumpulan puisinya yang berjudul Apa Ada di Sana: Versi Dunia. Pasti ramai yang tertanya siapa dia Fatimah Busu. Kalau yang di Tingkatan 3 pasti baca cerpennya Anak Bumi Tercinta. Teks wajib Komsas tu. Kisah Mutain yang mati lemas dalam perigi cukup menyayatkan hati kita. Selain itu dialah juga penulis cerpen Mahar Asmara, Nasinya Tumpah, Anak-anak dari Kg. Pasir Pekan, Al-Isra', Fatamurgana 1, dll. reputasinya sebagai cerpenis memang hebat kerana saban tahun pada 70-an cerpen beliau terpilih mememenangi Hadiah Karya Sastera. Jika beliau meneruskan kehebatannya yang lalu, insya Allah, kita akan dapat melihat sasterawan negara wanita kita yang pertama.

+
Demam Akademi Fantasia 2 juga sudah bermula. Yes, agenda Islam Hadhari tajaan Perdana Menteri sebegini (semurni ini) mesti kita teruskan untuk melahirkan artis-artis (remaja-remaja) yang sangat gemar berpakaian mencolok mata dan bergaul bebas lelaki perempuan.Inilah yang Yahudi sangat mahukan.( Kalau mahu kenal Yahudi boleh baca 1511H Kombat dan Eksperimen 5S). Takbir! Saya tidak demam pun. Anda bagaimana?

-
Selamat pengantin baru kepaa teman-teman seperti Ustaz Syaffawi (kawan akrab saya semasa praktikal di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar), Nur Hafizi di Tanah Merah (teman serumah saya di Darul Ulum, Irbid, Jordan), juga Asfarizan Pungut (bekas pemimpin persatuan induk siswa Malaysia Jordan 2001), Azli Ubin dan Hisyam Syukor (mantan SMKAS). Moga antum bahagia ke anak cucu dan cicit.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP