Rabu, Jun 23, 2004

Liputan Siasah
Syukur. Alhamdulillah sebab hanya satu kerusi Parlimen yang terlepas. Tak tahulah bagaimana agaknya situasi jika semua kerusi DUN yang dipetisyenkan lawan diterima oleh mahkamah. Jawabnya, ma-as-salaamah! Mungkin jumlah GRO di negeri Serambi Makkah (ye ke dakwaan ini? mana fakta-buktinya?) akan bertambah. Dan mungkin juga kerajaan Islam Kelantan akan tinggal sejarah seperti yang tercatat pada Batu Bersurat bertarikh 2103 (haribulan) yang ditemui di Terengganu baru-baru ini. Nauzubillah min zalik!

Liputan Euro
Tak tahulah Belanda boleh menang ke tidak malam ni. Harap-harap Jerman bungkus, Belanda menang ke atas Latvia dan permainan bola sepak yang cantik (seperti yang dipamerkan oleh Belanda dan Rep. Czech) terus mendapat tempat. Jerman ni satu spesis dengan Itali, cuma Itali terlebih main bertahan saja dan Jerman sangat taktikal. Saya pasti, Serbegeth Singh (Shebby) yang jadi tetamu pengulas di TV3 kecewa habis sebab Azzurri terkeluar awal-awal lagi. Dalam Euro 2000 dulu, si Shebby ni bias sangat dengan pasukan yang hanya tahu main bertahan dari mula sampai habis perlawanan.

Jangkaan saya, semi final akan diisi oleh Portugal, Perancis, dan Rep. Czech. Kalau Belanda layak ke suku akhir, satu lagi baki tempat itu akan dihuninya. Tetapi pasukan pertama yang saya pilih untuk ke final ialah Rep. Czech.

England? Macam susah sikit. Kita melihat England macam hebat disebabkan kita mengenali pemainnya dan menonton EPL, walhal pemain-pemain dari negara lain juga tidak kurang hebatnya. 4 gol yang dilepaskan berpunca daripada set-piece. Kalau Big Phil Scholari pandai mengeksploitasi kelemahan ketara itu, Jumaat ini pasti pasukan England akan menaiki pesawat ke London.

Portugal? Can untuk ke final agak sukar rasanya. Sejak 1988, sejarah menunjukkan bahawa tiada hos yang layak ke final. Semuanya tersangkut di semi final. Tapi saya optimis, Portugal akan mengalahkan England.

Perancis? Lain macam benar skuad Les Bleus kali ini. 2 gol Henry baru-baru ini sangat mudah namun masih tidak mampu menunjukkan pasukan ini kembali ke tahap sebenar. Selagi mereka mengharapkan keajaiban daripada Zidane, rasanya skuad ayam jantan ini sukar mempertahankan kejuaraan.

Rep. Czech? Bermain laju tetapi agak alpa bila menentang lawan yang lemah. Mereka hampir tewas dengan Latvia jika tidak kerana dua gol nasib. Sekiranya Nedved di kemuncak prestasi, peluang untuk ke final sangat cerah. Kualiti teamwork yang ditunjukkan sangat tinggi. Pengalaman nampaknya banyak menyelamatkan pasukan ini dalam 2 pertemuan sebelumnya.

Apapun, tidak kisahlah siapa pemenangnya. Yang penting kita mahu melihat permainan cantik berseni dan banyak gol yang akan dijaringkan. Kerana, itulah sebenarnya bola sepak.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP