Selasa, Jun 15, 2004

Sibuk menanda kertas-kertas jawapan imtihan setengah tahun sebenarnya. Masa cuti banyak buat aktiviti lain - atau lebih tepat menggunakan cuti sekolah untuk berehat dan santai.

Nampaknya rusuhan melanda kota London. Ya, cinta penyokong England pada hari-hari rusuhan kepada wang pertaruhannya yang hilang amat ketara. Mereka mabuk setelah kecewa dan akhirnya mencetuskan kekacauan. Kalau di Malaysia, kesalahan semacam itu belum boleh lagi disumbat ke dalam ISA - sekadar dihumban ke lokap sahaja. Tetapi, kalau kesalahan memiliki pisau Rambo misalnya anda boleh dituduh membantu pasukan militan. Eh, iye ke?

Keputusan pertemuan klasik England-Perancis telah kita maklum. Zidane atau nama sebenarnya Yazid (macam ada kena-mengena) memusnahkan harapan England hanya dengan dua sepakan yang menakjubkan dunia. Itulah bola. Dan kepedihan yang diterima penyokong England sama seperti yang dirasai oleh penyokong Bayern Muncih lewat saingan final Piala Eropah 1999 apabila Manchester United menjaringkan dua gol juga dalam masa kecederaan. Bezanya Bayern mendahului seawal minit keempat dan kehilangan gelaran, tetapi England saya lihat masih berpeluang - jika bermain sebaik itu - sekurang-kurangnya ke semi final.

Jarang England bermain ofensif sebagus itu. Ternyata keputusan Sven Goran Erikson meletakkan Ledley King di bek tengah memang tepat. Malah Perancis sebenarnya yang kehilangan rentak. Mereka tidak dapat masuk ke kotak penalti England walaupun England bukanlah bermain defensif. Hantaran lintang tinggi dan gerakan satu dua Perancis mudah-mudah saja dipatahkan barisan pertahanan yang sangat cemerlang. Dan kita sama-sama lihat Robert Pires terpaksa dikeluarkan. Malang juga bagi penonton kerena tidak dapat menyaksikan kebangkitan semula Owen yang tidak menunjukkan berada pada form sebenarnya.

Apapun, ketika Zidane mengambil free-kick, jelas sekali Davis James yang digelar The Rubbish oleh penyokong Liverpool tersalah percaturan. Dia berdiri pada posisi yang salah bahkan benteng England tidak disusunnya dengan baik dan Zidane selaku pemain terbaik dunia pastinya dapat melihat kesilapan itu lalu menghukumnya. Bagi saya James bukanlah calon terbaik utk menggantikan David Seaman yang pencen. Dia sangat cuai dan penyokong-penyokong Liverpool masih tidak dapat memaafkan kesilapan besarnya ketika beraksi di Anfield dulu.

Malam ini, pertemuan dua musuh ketat iaitu Jerman-Belanda. Ramai memilih Belanda utk menang tetapi saya sendiri kurang yakin dengan prestasi Belanda kali ini. Namun, berdasarkan rekod, Belanda pernah tewas perlawanan pertama dan bangkit memenangi kejohanan pada 1988. Dengan kekalahan memalukan dalam 2 perlawanan persahabatan menjelang Euro, reputasi Belanda agak jatuh tetapi mereka boleh bangkit jika berjaya bermain sebagai satu pasukan.

1 komentar:

Tanpa Nama,  9:30 PTG  

Looking for information and found it at this great site...
» »

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP