Selasa, Februari 10, 2004

Malam macam biasa. Kelas tambahan BAK. Sibuk sikit minggu ni. Sebabnya hujung minggu ni ada Mukhayyam Bahasa Arab di PLRF Tebing Tinggi kira-kira 20 minit dari SMKAS. Banyak yang perlu aku rangka dan laksanakan. Aku AJK Program. Kebetulan pula mengajar Tingkatan 3 tahun ini. Jadi kenalah juhud lebih sikit daripada orang lain. Dalam sibuk begitu, ada juga yang sibuk bertanya soal tuntutan perjalanan ke sana. Alahai …

Sukan juga dah mula. Hari ni Sukantara Puteri, esok giliran putera. Maknanya setiap minggu sepanjang Februari ini ada hari-hari yang aku mesti berada di padang. Petang, malas pula nak pantau budak-budak rumah Hijau berlatih. Aku lebih suka main badminton. Alang-alang dah beli reket. Biarlah keluar peluh sikit.

Read more...

Isnin, Februari 09, 2004

Nailofar sudah pandai berjalan semalam. 4, 5 langkah, jatuh. Bangun lagi. Jatuh. Bangun. Jatuh. Dan begitulah seterusnya. Hari ini langkahnya sudah makin banyak dan keyakinannya bertambah. Dia rajin berlatih. Umur Nil sudah masuk 10 bulan 6 hari. Dia lahir 4 April 2003. 54 hari selepas kelahirannya aku beroleh berkat kedatangannya ke dalam usrah kami. Rezeki anak, kataku. Kenyataan itu tercatat dalam Utusan Malaysia 29 Mei 2003 – bersamaan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama.

Semalam juga, tepatnya malam semalam, Mak Andak, Pak Andak, Mak Long, Abang Lee, Kak Ani dan Long Maharun pulang dengan KT1 dari Arab Saudi. Mereka jemaah haji pertama pergi dan pertama juga kembali. Alhamdulillah. Semuanya selamat. Batuk-batuk sikit tu biasalah. Begitulah adatnya orang yang pulang dari Mina. Sebut soal haji ni, aku kerap teringat satu bab yang kutulis dalam Sesegar Nailofar. Rasanya, itulah bab yang paling puas aku menulisnya dalam novel sulungku itu. Entah mengapa. Bukan kerana bab itu yang mempertemukan Iqbal dan Nur Hazwani. Bukan itu. Barangkali kerna ia bab yang agak sukar dan menonjolkan suasana haji dan latar Tanah Suci.

Petang tadi, Tan Sri Eric Chia ditahan BPR. Esok pertuduhan ke atasnya akan dibacakan di mahkamah. Kita tunggu dan lihat sahaja. Rasanya isu PERWAJA sudah sangat lama. Dah jadi isu lapuk pun. Lama sungguh siasatannya ya. Apapun, kita harus berterima kasih kepada BPR yang nampak telus. Moga ada jerung lebih besar yang berjaya dipukat selepas ini lantaran bilis-bilis tidak lagi dapat memuaskan hati rakyat!




Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP