Jumaat, Julai 02, 2004

Semi Final Euro 2004

Por v Ned
Belanda terkeluar setelah tewas 1-2 dalam aksi seimbang ketika bertemu Portugal. Penguasaan bola memang memihak kepada Orange tetapi bola sepak adalah gol. Dan The Orange tewas kerana dua kesilapan asas - tidak mengawal pemain lawan ketika sepakan sudut. Namun saya tetap melihat kesilapan Marc Overmars yang merembat volley melepasi palang seminit selepas gol C.Ronaldo. Dia sewajarnya mengawal dulu bola itu kerana langsung tiada sebarang asakan ke atasnya sedang pintu gol ternganga luas.

Dengan aksi yang saya akui sangat sederhana, pasukan ini tidak boleh dibandingkan dengan pasukan Euro 2000 yang tewas penalti apalagi pasukan trio 88 yang dibarisi van Basten, Gullit dan Rijkaard. Apapun, rasanya skuad kali ini lebih baik daripada Perancis, England, Sepanyol, Itali dan Jerman yang hanya gah pada nama tetapi awal-awal lagi gulung tikar.

R.Czech v Greece
Satu tragedi pula saya kira apabila Czech tersingkir dengan silver goal pada perlawanan awal pagi tadi. Inilah kali pertama Czech melepaskan gol menerusi sepakan sudut sejak 3 tahun. Mungkin mereka terlalu yakin sebelum ini, ditambah kecederaan Nedved, menatijahkan kekalahan luar duga.

Begitulah. Kadangkala, taktiklah yang akan memusnahkan bola sepak. Ia hampir sama bila mana Itali mengalahkan Belanda dengan sepakan penalti pada semi Euro 2000 setelah bertahan sepanjang perlawanan. Bezanya, Greece tidaklah sepasif Itali yang hanya tahu menyepak bola keluar, menjatuhkan pemain dan merosakkan rentak lawan. Mereka memiliki serangan balas yang pantas, membahayakan dan amat berkesan. Yang jelas, Greece persis pasukan Jerman suatu waktu dahulu - memiliki para pemain bertubuh tinggi dan tegap, bermain penuh taktikal, marking yang sangat ketat, punya serangan balas yang efektif, dan mampu merosakkan rentak permainan lawan.

Portugal v Greece
Ahad ini? Ia final yang bukan impian. Namun Portugal tetap menjadi pilihan (saya lebih senang dengan aksi Deco dan Gomes berbanding Figo dan Pauleta) sebagai juara dan menyelamatkan keindahan bola sepak kerana Greece bukanlah seperti Denmark pada 1992 yang bukan sekadar menjadi juara tetapi pasukan yang memiliki barisan berbakat, bermain agak terbuka dan menghiburkan. Greece bagi saya membosankan. Lalu kita berharap pasukan yang bermain menarik dan terbuka berjaya menjulang trofi Henry Delaunay.

Petang ini kami akan ke Lis Na Re Beach Resort, Sg. Ular, Kuantan. Ada Hari Keluarga bilik guru SMKAS. Moga perjalanan menyeronokkan.

Read more...

Ahad, Jun 27, 2004

Reviu Euro 2004

Nampaknya dua ramalan saya menepati sasaran. Portugal menewaskan England dan Belanda akan ke semi final sekiranya layak ke suku akhir. Cuma skrip sedikit bertukar apabila Perancis tewas kepada Greece yang mencatatkan kejutan terbesar dalam Euro kali ini. Perancis yang bermain sangat buruk sejak awal kejohanan memang layak dihantar pulang (mereka tidak layak utk menang ketika bertemu England, seri dgn Croatia, dan menewaskan Swiss). Zidane kelihatan sangat letih dan perlahan dan sangat kontra dengan corak permainan pemain-pemain Arsenal spt Henry, Pires, Viera yang laju.

Dan jangkaan saya, betapa pemain seperti Thierry Henry dan Robert Pires yang telah mencapai kemuncak prestasinya bersama Arsenal awal tahun ini tidak akan menjadi bintang yang boleh diharapkan lagi. Begitulah adat kejohanan besar. Pemain yang telah menonjol di peringkat kelab sebelum kejohanan berlangsung seringkali gagal mengekalkan prestasi. Kesimpulannya, Perancis bermain sangat buruk dan era penguasaan mereka sejak 1998 sudak berakhir.

Portugal memang layak menang saya kira disebabkan persembahan mereka yang lebih meyakinkan dalam perlawanan itu. Mereka mengawal tempo perlawanan dan England cuma sesekali menyrang balas dan terus tempang bila Wayne Rooney dikeluarkan kerana tercedera. Gerrard dan Scholes juga agak kaku tetapi tindakan Sven Foran Eriksson mengeluarkan mereka berdua sebenarnya adalah satu petaka kerana Englang menjadi lebih defensif dan tertekan. Sementara tindakan bijak Scholari mengeluarkan Luis Figo yang hanya banyak berlegar-legar di luar kotak penalti tanpa mendatangkan banyak bahaya dan memasukkan penyerang Spurs Helder Postiga sangat menakjubkan. Ia ternyata memusnahkan England yang sebelum itu mudah mengekang Nuno Gomes selaku penyerang tunggal. Apapun, perlu diingat, tiada hos yang berjaya ke final sejak 1988!

Manakala Belanda pula akhirnya berjaya menamatkan badi 12 tahun dalam penentuan sepakan penalti setelah menewaskan Sweden 5-4. Dalam saingan pagi tadi, Sweden yang hanya bermain positif pada masa tambahan akhirnya akur dengan keadilan puitik. Kemenangan Belanda sekurang-kurangnya telah menyelamatkan kejohanan ini daripada dimenangi oleh pasukan yang bermain negatif, bertahan dan hanya tahu membuat serangan mengejut seperti Sweden dan Itali. Permainan menyerang, cantik dan berseni apalagi tradisi samba (Portugal) dan total football (Belanda) serta ofensif (Rep. Czech) wajar menghiasi kejohanan bukannya permainan defensif yang diwarisi turun-temurun oleh pasukan-pasukan seperti Itali, Norway, Belgium, Sweden, Scotland dan Rep. Ireland.

Bagi penyokong-penyokong England yang kecewa, harus diketahui, betapa rekod tewas sepakan penalti Belanda lebih buruk drpd England. Belanda tidak pernah berjaya dalam 4 percubaannya berbanding England yang tewas 3 kali tetapi pernah menang sekali penentuan penalti dalam saingan suku akhir menentang Spain pada Euro 1996 di Wembley. Belanda tewas sepakan penalti bermula dengan kekalahan kepada Denmark (semi final Euro 1992), Perancis (suku akhir Euro 96), Brazil (semi final Piala Dunia 1998) dan Itali (semi final 2000). Dan dalam ketiga-tiga saingan semi final itu, Belanda adalah pilihan menjadi juara kejohanan.

Rep. Czech saya kira sangat ditakuti oleh mana-mana pasukan. Bayangkan, barisan simpanannya saja sudah cukup utk membenam Jerman 2-1 minggu lepas. Tetapi kelemahan Rep. Czech saya kira pada pertahanannya yang agak lembap. Jerman banyak kali berjaya menembusi kubu Czech tetapi penyerangnya pula sangat tumpul dan mentah. Usah terkejut jika Denmark berjaya mengalahkan Czech lantaran rekod pertemuan mutakhir mereka memihak kepada negara pinggir Scandinavia itu. Kalau Denmark boleh mengekang Nedved, Rosicky dan Baros, saya fikir mereka akan menang.

Peluang Greece? Susah sikit. Hanya Denmark (Euro 92) satu-satunya pasukan yang dianggap underdog, belasahan, mencipta kejutan hingga berjaya melepasi semi final sebelum bergelar juara setakat ini. Pasukan-pasukan yang pernah mencipta kejutan sebegini dalam kejohanan besar seperti Bulgaria (W.Cup 94), Croatia (W.Cup 98), Turki dan Korea Selatan (W.Cup 2002) hanya mampu ke semi final. Mereka rasanya akan tewas kepada Czech mahupun Denmark.

Moga ada aksi klasik dalam perlawanan Holland-Portugal nanti setelah kita kempunan menyaksikan pertembungan yang sepatutnya berlaku antara Czech-Perancis. Dan saya tetap memilih Holland untuk bertemu Rep. Czech dalam final pada 4 Julai nanti.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP