Sabtu, Disember 23, 2006

ARUS BALIK
Tersadai ... bagai dipukul ribut

Terbongkah ... dibelah arus

Read more...

Jumaat, Disember 22, 2006

BANJIR di SEGAMAT (sesudah surut)

Di dalam kereta Kancil sahabat saya, Ustaz Saifullah Hamzah
di Jalan Nuri, Kg. Abdullah.
(Lihat pada cermin tingkap keretanya yang berjalur)
Di atas lori, di hadapan Medan Selera Kenawar.
(Air di hadapan Sg. Kenawar masih lagi paras pinggang.)
Di hadapan Wisma Arshad (dulu Satay Madura). Papan tanda jalan pun ranap dipukul arus. Gambar diambil dari atas landasan kereta api yang rosak teruk.
Di hadapan Medan Selera Kenawar, Jalan Genuang.
Atap rumah yang hanyut menyembam di landasan kereta api.
Memo: Gambar-gambar ini dirakam pada sore 21 Disember 2006 setelah air bah surut. Innalillah! Kata orang tua-tua, inilah banjir terdahsyat di Segamat sejak 1952!

Read more...

Khamis, Disember 21, 2006

SEKITAR FILEM

Festival Filem Islam Antarabangsa di Kelantan?

KOTA BHARU, 19 Dis (Hrkh) - Kelantan sekali lagi bakal mencipta sejarah dalam bidang seni apabila berhasrat menganjurkan Festival Filem Islam Antarabangsa tahun hadapan sempena program Tahun Melawat Malaysia 2007.

Menteri Besarnya berkata, diharap festival berkenaan dihadiri penerbit-penerbit filem Islam di peringkat antarabangsa yang sudah lama mencipta nama. Menurutnya juga, tokoh-tokoh perfileman dunia terutamanya dari Iran akan dijemput menghadiri program berkenaan.

Baca lagi!

Anugerah Filem India Global -GIFA di Kuala Lumpur!


Ermm, alahai....
Kesian Pak Lah.

Nak baca lanjut? Klik sini.

(Maaf: Gambar ini terpaksa "dikecilkan" memandangkan Bipasha adalah simbol seks Bollywood yang "lumayan" seksi).

Read more...

MPR 2006

Adik-adik, moga istiqamah menulis!

Jangan bikin saya jadi langsung tak cemburu.

Read more...

Khamis, November 30, 2006

ALLAHUMMA ZAWWIJNI ZAUJATAN SOLIHATAN

KHUSYUK... Suami Ieda Moin, Qib (kanan) membacakan doa sebelum memulakan majlis resepsi mereka dengan Noorkhiriah-Faizul yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Petikan Utusan Malaysia 30/11/2006)
Memo: Buat pasangan-pasangan yang bakal 'bersatu'
sepanjang cuti ini, moga walimah kalian diberkati.
Jangan biarkan isteri kita 'miskin kain' di atas pelamin!

Read more...

Rabu, November 22, 2006

i
Selamat bercuti!

ii
Menulis sebuah novel amat ngeri, suatu yang amat meletihkan. Kita seperti dalam suatu pertarungan yang amat tenat. Seseorang tidak akan dapat menolong kita untuk mengatasi hal ini. Seseorang tidak akan berhasil kalau tidak ada berkat dorongan kekuatan raksasa dalam diri sendiri.

-George Orwel

Read more...

Khamis, November 16, 2006

PANTUN 2 RANGKAP

Dari Langkawi ke Kuala Perlis,
singgah di jeti menempah feri;
usahlah sekadar menjulur keris,
sedang ekormu bergelumang tahi.

Usahlah sekadar menjulur keris,
sedang ekormu bergelumang tahi;
hapuskan dasar Bahasa Inggeris,
hormati ulama hancurkan IFC!

Read more...

Isnin, November 13, 2006

KAMI SOKONG!

Ketetapan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII yang telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (DBP) baru-baru ini :

* Mendesak kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensinya supaya mendidik masyarakat sentiasa menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kesusasteraan.
* Menuntut status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan dikembalikan keadaannya seperti sebelum 2002 termasuk proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.
* Memastikan peningkatan peranan dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa peradaban oleh institusi ilmu, pemerintah dan seluruh warganegara.
* Meminta kerajaan agar membina dasar buku berbahasa Melayu untuk melengkapi perpustakaan ilmu, industri buku dan penyebaran kesemua perpustakaan dalam negara.
* Menegaskan kembali keyakinan terhadap kewajaran prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan kaedah pembinaan kebudayaan kebangsaan Malaysia demi kesatuan dan keutuhan bangsa.
* Peningkatan mutu sastera melalui pelbagai strategi termasuk penterjemahan karya agung dan dukungan yang kuat terhadap para karyawan dalam pelbagai aspek.
* Menuntut kerajaan sentiasa memberi pengiktirafan kepada para karyawan sastera kerana peranan dan sumbangan mereka terhadap karya dan pembinaan sastera kebangsaan yang bermutu.
* Mendesak kerajaan memberi pengiktirafan terhadap peranan besar dalam kalangan gerakan rakyat pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk memajukan bahasa, sastera dan kebudayaan kebangsaan pada tahap antarabangsa.
* DBP perlu memberi sokongan terhadap peranan dan fungsi Jawatankuasa Pemeriksaan Bahasa Melayu yang dibentuk oleh kerajaan.
* Menyambut baik bakal pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang memberi kuasa kepada DBP sebagai agensi penguat kuasa terhadap segala kelemahan penggunaan dan perlaksanaan fungsi bahasa di dalam negara.
* Menyokong usaha DBP sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan kreativiti para karyawan sastera, meluaskan khalayak sastera dan meningkatkan mutu hasil sastera pada tahap global

Rujuk sumber!

Read more...

Rabu, November 08, 2006

KEMBALIKAN BAHASAKU!

Walaupun memang ketara kau ketinggalan zaman,
meskipun keranamu kita sudah rugi beratus-ratus juta,
ke landasan yang betul semula.
Ayuh, kembalikan Bahasa Melayu!

Read more...

Ahad, November 05, 2006

MASIH ADA YANG MENGERTI



(Dari kiri: Kang Salehin, Abang Ahadiat, saya, Kak Salina, Kang Rafi, Kak Siti Aisah, Abang Alias, Kak Khatijah dan Mas Sulaiman. Dua wanita di belakang yang sedang melangkah: Kak Amaruszati dan Kak Aleeya Aneesa).

KETARA, masih ada yang mengerti. Masih ada yang memahami. Dan saya sangat bersyukur, rupanya masih ada lagi penulis yang tahu dan mampu berfikir serta berjaya mencerna maksud tulisan saya. Ini petikan tulisan Razali Endun dalam Sudut Sastera Mingguan Malaysia hari ini. Untuk pengetahuan anda, Haji Razali Endun ini orang Malaysia. Bukan 'teman paling baik saya' orang Indonesia yang tidak tahu di mana hujung di mana mula.

Tulisan Zaid Akhtar dalam Mingguan Malaysia 17 September yang terkilan kerana Dewan Bahasa dan Pustaka memilih Ahadiat Akashah sebagai pembimbing Bengkel Penulisan Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) di Bogor, Indonesia baru-baru ini. Umum mengetahui bahawa bengkel tersebut adalah program yang berprestij dan semestinya prestij itu dikekalkan.

DBP turut terpesona dengan penulisan novel popular dan kelarisan jualannya di pasaran buku. Meskipun Ahadiat Akashah sudah menghasilkan lebih 70 buah novel popular dan menjadi kaya-raya, namun yang mana satukah hasil karyanya yang teruja dan teruji sebagai karya sastera yang bermutu?

Dalam persoalan ini bukan Ahadiat yang harus dipersalahkan. Ini kerana kecuaian DBP sendiri yang semacam tidak tahu meletakkan cembul di tempatnya. Menjadi pembimbing bererti menjadi guru. Apakah tepat guru sejarah mengajar matematik? Lainlah kalau bengkel itu membicarakan penulisan novel popular, mungkin Ahadiat sesuai menjadi pembimbing.

DBP sepatutnya memberi peluang kepada Ahadiat menjadi peserta, semoga dengan yang demikian akan mendorong beliau menghasilkan karya sastera yang lebih serius lagi dan boleh diketengahkan dalam kelompok sastera serius.

Nak baca lanjut?
Klik sini!

Read more...

Selasa, Oktober 31, 2006

BOiKOT High 5

Satu pertemuan berjaya diadakan antara wakil PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia), Dato Nadzim Johan Setiausaha Kerja PPIM, Dr Zaki Penasihat PPIM dan Dr Izham Pengarah Sekretariat dengan Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz serta Pegawai Akhbar Istana Negara bertempat di Istana Negara pada Jam 9.30 pagi 17 Oktober, 2006.

Alhamdulillah berkat keikhlasan perjuangan dan kejujuran serta kewibawaan Ulamak yang kita kasihi Y. Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz kami berjaya duduk di satu meja dalam suasana mahabbah serta saling menghormati serta membentangkan fakta dan membandingkan nota dan maklumat di antara kedua belah pihak tanpa dipengaruhi sebarang emosi dan nafsu amarah.

Satu kesimpulan telah dapat diperolehi di mana kedua-dua belah pihak bersepakat saling bermaafan dan bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang lebih intim demi maslahah dan kebajikan ummat Islam di Negara ini di masa hadapan. Segala kekeliruan, kekusutan serta duduk perkara dapat diurai, dibentang dan difahami kedua belah pihak dengan amat jelas, nyata dan penuh rasa insaf dan tawadduk.

Kami semua ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, rasa bersyukur malah setinggi penghargaan dan salam takzim kesemua ahli PPIM di atas sikap professional yang telah ditunjukkan oleh Y.Bhg Datuk dan Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Sdr. Mahadzir bin Mazlan. Hasil daripada perbincangan berkenaan kami merumuskan bahawa perkara-perkara berikut adalah nyata:

1. Dato’ Jackson Tan secara peribadi dan terancang sememangnya telah MEMANIPULASIKAN FAKTA sehingga mengheret Y. Bhg Datuk Abu Hassan ke kancah kemelut yang TIDAK DIJANGKA OLEH BELIAU SENDIRI.

2. Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA PERIBADI dalam isu berkenaan dan tindakan beliau adalah semata-mata atas dasar prihatin sebagai pengguna tulen yang ingin mendapatkan fakta-fakta sebelum memutuskan status roti yang telah di makan oleh beliau dan keluarga selama ini.

3. Dato’ Jackson Tan TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN di atas sikap JUJUR, PERIHATIN DAN KETULUSAN Y. Bhg Dato’ Abu Hassan Din berkenaan sehingga dilihat seolah-olah Dato’ Hassan memihak kepada syarikat dan menuding kepada ummat Islam sebagai zalim.

4. Pemaparan KERATAN AKHBAR DATO’ HASSAN MEMEGANG SIJIL HALAL adalah perbuatan LICIK DAN MENJADIKAN BELIAU SEOLAH-OLAH BERSEKONGKOL dengan syarikat berkenaan. Perbuatan berkenaan TIDAK PERNAH MENDAPAT RESTU, KEIZINAN BERTULIS ATAU VERBAL daripada pihak Dato’ Abu Hassan secara peribadi mahupun daripada Pegawai Akhbar Istana.

5. Perbuatan berkenaan adalah satu sikap BIADAP, TIDAK BERETIKA MALAHAN MEMBERI KESAN MORAL YANG MENGHAKIS IMEJ BAIK Y. Bhg Dato’ Hassan selaku Ulamak yang amat dihormati dan ini amatlah DIKESALI oleh beliau. Tindakan segera akan diambil bagi memperbetulkan keadaan. Beliau juga akan meminta syarikat menarik balik PROMOSI PERCUMA TANPA SEBARANG KEBENARAN TERSEBUT.

6. PPIM ingin merakamkan rasa SIMPATI, TERHARU DAN MEMBERIKAN KEPERCAYAAN SEPENUHNYA di atas segala penjelasan yang telah beliau berikan.

7. PPIM akan menerbitkan artikel khusus bagi MEMPERBETULKAN SEGALA SILAP TANGGAPAN yang selama ini banyak dilontarkan di dalam forum di laman web ini supaya Y. Bhg tidak lagi dijadikan sasaran kata-kata yang berbau ‘malice’ terhadap beliau.

8. PPIM DAN Y.BHG DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ BERSEPAKAT memaklumi bahawa wujud jurang komunikasi di antara kedua belah pihak yang menyebabkan berlaku sedikit rasa TIDAK SELESA di antara keduanya, tetapi semuanya telah diselesaikan dengan semangat ukhuwah dan jihad Islam.

9. Kedua belah pihak sedar dan maklum bahawa banyak perkara telah TIDAK DIBERIKAN GAMBARAN SEBENAR DAN SEPENUHNYA oleh pengurusan syarikat ini dan menimbulkan banyak kekeliruan kepada umat Islam selaku pengguna produk berkenaan.

10. Syarikat, sehingga saat artikel ini disediakan TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN SEBARANG RASA KESAL, RASA BERSALAH DAN INGIN MEMOHON MAAF KEPADA PARA PENGGUNA YANG TELAH TERANIAYA SELAMA LEBIH DARI 10 TAHUN KERANA MEMAKAN PRODUK MEREKA YANG AMAT KOTOR.

11. SYARIKAT TIDAK BOLEH MENAFIKAN KESALAHAN-KESALAHAN YANG TELAH TERBUKTI DILAKUKAN OLEH MEREKA DALAM PELBAGAI PERKARA SEPERTIMANA YANG TELAH DIBINCANGKAN SECARA PANJANG LEBAR DALAM LAMAN WEB INI. MALAHAN ISU MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN ADALAH BUKTI NYATA BAHAWA IA TIDAK DIPATUHI SEBELUM INI.

12. Dalam isu-isu pendafataran perniagaan yang telah tamat tempoh selama 2 tahun, tidak mempunyai sijil halal dalam produk kaya, tidak mematuhi pelbagai peraturan PBT, Imigresen dan Kementerian Kesihatan adalah kesemuanya JELAS, BENAR DAN NYATA.

13. PPIM sekali lagi MENAFIKAN segala SMS berkenaan tuduhan minyak babi dimulakan oleh pihak persatuan. Malahan diprecayai didalangi dan dirancang oleh SYARIKAT ITU SENDIRI atas helahnya untuk MENGALIH PERHATIAN terhadap isu sebenar yang sedang dihadapi. Perlu diingati syarikat ini mempunyai perniagaan telekominikasi / prepaid yang besar dan amat murah bagi mereka melakukan. Bayangkan kalau isu minyak babi tidak wujud dalam kes serbuan ini!

14. Sehubungan dengan itu, PPIM sekali lagi menegaskan bahawa segala tuduhan berbaur fitnah terhadap PPIM selaku badan NGO yang bersikap professional dan mendokong budaya ikhlas, telus dan berasaskan fakta kerana itu kesemua perkara yang tidak bersifat demikian bukanlah daripada pihak kami dan dinafikan sekeras-kerasnya.

Dengan rendah hati dan waras kami memohon kerjasama anda semua agar tidak lagi memperpanjangkan isu Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz ke kancah polemik yang akan menimbulkan dukacita kepada beliau lagi. Bagaimanapun, di pihak yang lain kami semua ingin menyeru supaya TERUSKAN AGENDA KITA MEMBOIKOT PRODUK INI SEHINGGA MATLAMAT PERJUANGAN KITA TERCAPAI dan berjaya menghantar isyarat kepada mana-mana syarika lain supaya tidak lagi menipu atau berani menipu para pengguna Islam malah harus belajar menghormati mereka. Amalan penipuan dan tidak beretika akhirnya akan mengundang kerugian besar kepada para penipu.

Akhirkata sebagai ingatan kepada kita semua, jika kita ingin mengembalikan hak dan maruah, dihormati di dunia ini, perkukuhkanlah pakatan dan kerjasama di antara kita para pengguna dan teruskan agenda kita, keluarga dan masyarakat kita dengan prinsip GERAKAN PENGGUNA ISLAM. - PPIM

Read more...

Isnin, Oktober 30, 2006

من العائدين والفائزين Sempena Syawal yang mulia ini, saya ingin membuat sedikit pembetulan atas kesilapan yang sangat berleluasa dalam sebutan kita.

Barangkali kita sangat biasa mendengar sebutan "MINAL AIDIL WAL FAIZIN". Akan tetapi sebutan itu sebenarnya tersasar. Yang setepatnya "MINAL A'IDIN WAL FA'IZIN"
من العائدين والفائزين.
'A'idin maknanya golongan yang kembali. Mufradnya a'id عائد. 'A'idin menurut nahu Bahasa Arab adalah jamak muzakkar salim yang majrur dengan huruf ya.
Fai'zin pula golongan yang berjaya atau menang. Mufradnya fa'iz فائز . Fa'izin juga jamak muzakkar salim yang majrur dengan huruf ya. Jadi, "Minal a'idin wal faizin" bererti daripada "golongan yang kembali dan berjaya/menang".

Habis bagaimana pula dengan sebutan 'Aidil itu? Kalimat 'Aidil' adalah cantuman "aid" عيد dan "al" ال. Selepas “al” mestilah didatangkan isim bukannya huruf “wau”. Kalimat “aidil” hanya boleh digunakan bila adanya mudhof ilaih seperti kalimat “Fitri” فطر atau “Adha” أضحى. Dari situ, barulah terbit kalimat 'Aidil Fitri عيد الفطر dan 'Aidil Adha عيد الأضحى.

Kerana ia berbentuk doa, maka seeloknya kita menyebutnya dengan betul. Kalau didengar oleh orang Arab, tercengang-cenganglah mereka agaknya mahu memahamkannya. Saya kira, kesilapan ini berpunca daripada lagu-lagu raya yang biasa kita dengar menjelang lebaran. Enak disebut tidak semestinya betul. Justeru, marilah sama-sama kita mengubahnya.


من العائدين والفائزين

Read more...

Sabtu, Oktober 21, 2006


SALAM EIDIL FITRI
Maaf zahir batin
Moga kita menjadi Minal A'idin wal Fa'izin.
Kullu 'aam wa antum bikhayr.
Ikhlas daripada:
Zaid Akhtar, Siti Hadijah,
Nailofar & Irfan

Read more...

Khamis, Oktober 19, 2006

SEPETANG bersama SASTERAWAN NEGARA

Sore semalam, saya telah diundang sekaligus ditugaskan oleh pihak sekolah untuk mengiringi empat pelajar ke Bicara Tokoh Sastera bersama Sasterawan Negara A. Samad Said yang dianjurkan oleh Kelab Penulisan Kreatif UiTM Johor, UPENA UiTM Johor & Shah Alam.

Saya sebenarnya hanya pernah beberapa kali bertemu beliau. Paling akhir rasanya di Johor Bahru tiga tahun lalu. Itupun tanpa ada kesempatan untuk saya menegur beliau seorang tokoh yang sudah semestinya sentiasa diiringi atau dikerumuni. Jadi kesempatan untuk mendengar Pak Samad berbicara tentang "Halatuju Kesusasteraan Melayu dalam Dunia Akademia" tidak wajar saya lepaskan. Ditambah pula inilah masanya saya memberi pendedahan kepada anak-anak murid saya dari kelab penulisan kreatif agar lebih mengenali sasterawan tanah air mereka.


Bicara Pak Samad ceria dan tidak melenakan meskipun waktu itu sudah jam lima belas. Sesekali terselit jenaka melucukan. Dan khalayak tentunya terpukau mendengar selingan puisi-puisi cintanya yang menurutnya melalui tiga fasa : Cinta Insani, Cinta Watani, dan Cinta Ilahi. Paling menarik, Pak Samad sempat menjemput isterinya Puan Rashidah untuk menerangkan bagaimana hayatnya seorang Sasterawan Negara ketika di rumah.

Majlis yang menarik selalunya memang terasa cepat berakhir. Pak Samad memohon untuk pulang segera ke Kuala Lumpur tanpa menghadiri program Iftar yang akan menyusul maghrib nanti. Sebelum beliau hampir beredar - setelah para pelajar UiTM yang mahu bersalam dan bergambar dengannya semakin menyusut - saya mendekatinya lalu memperkenalkan diri. Dia menatap tampang saya sebelum menguntumkan senyum. Dan kala itu, saya terasa sungguh kerdil di mata seorang Sasterawan Negara.

Namun pagi tadi, tanpa diduga, saya terkesima apabila menatap bingkisan emel sulung daripada beliau yang cukup bermakna:

Maaf bapak jika tidak begitu terperasan tentang dirimu di uitm semalam. Orang tua memang begitu.betapapun, bapak sangat gembira kerana keghairahanmu menulis. Teruskan.Terima kasih menghadiahkan "sesegar" dan "rona".--A. Samad Said.

Terima kasih, Pak!

Read more...

Rabu, Oktober 18, 2006

Memang ada KASTAnya?

"... .Sastera memang ada kelasnya. Malah sasterawan pun khabarnya ada kelas dan kastanya. Di DBP, kita menganggap semua sasterawan dan karyawan itu sama sahaja. Tentulah penghormatan kita berikan kepada mereka yang dinobatkan. Tetapi kita menganggap bahawa saudara semua ialah sebagai penulis sebagai pencetus minda sebagai penggerak bangsa dan juga sebagai pencatat dan penegur..."

(Ucapan Penutup Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional, Port Dickson, 6 Ogos 2006)
Nak baca lanjut tulisan penulis ternama ini tentang kasta? Klik sini!

Read more...

Selasa, Oktober 17, 2006

Antara kualiti dan kuantiti karya
Oleh Nazmi Yaakub

(Berita Harian 17 Oktober 2006)

ISU kualiti karya dan kepentingan komersial dalam pemasaran novel tanah air yang tidak pernah reda, sekali lagi diperkatakan secara rinci pada Forum Sembang-sembang dengan Penulis Melayu, Hala Tuju Pembaca Melayu.

Ternyata kelompok penulis sastera tetap mempertahankan aspek kualiti sastera berbanding penulis karya popular yang mementingkan jumlah naskhah jualan dalam penentuan kejayaan sesebuah karya.Kelompok penulis sastera meletakkan nilai estetika dan kualiti pada paras tinggi sehingga tidak boleh ditolak ansur dalam penghasilan karya selain menjadikan karya garapan Sasterawan Negara (SN) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) sebagai ukuran.

Ini berbeza dengan kelompok penulis karya popular yang berterusan menghasilkan novel bertema cinta dan meskipun mendapat sambutan hangat tetapi mengabaikan dua nilai yang dijadikan kayu ukur penulis sastera.

Penulis sastera remaja, Nisah Haron, berkata penulis perlu mementingkan kualiti karya mereka dan menjadikannya sebagai prinsip serta tidak sekali-kali menggadaikan prinsip berkenaan, semata-mata bagi mendapatkan lebih ramai khalayak.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan menulis cerita popular untuk mendapat peminat pada peringkat awal kerana ramai penulis dalam kelompok ini kehilangan pembaca dan peminat apabila mereka mengubah corak penulisan,” katanya pada forum di di Kedai Buku MPH, pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nisah berharap penulis memberi penekanan kepada estetika bentuk dan makna, sekali gus menepati istilah sastera yang sinonim dengan susastera, iaitu seni yang halus dalam penulisan.“Estetika bentuk membabitkan penggunaan bahasa, teknik dan gaya dalam karya, manakala estetika makna pula dapat dilihat pada sejauh mana penulisannya mendorong pembaca untuk berfikir selepas membaca sesebuah karya.

“Penulis mempunyai keistimewaan dan kepakaran dalam disiplin ilmu tertentu, sekali gus menjadi fardu kifayah kepada mereka untuk membolehkan orang awam mendekati disiplin berkenaan melalui karya masing-masing,” katanya. Nisah turut menegur sebahagian kedai buku yang tidak memberi keutamaan kepada buku yang menerima pengiktirafan khususnya HSPM dengan meletakkan di rak sepatutnya.

Pandangan Nisah dipersetujui penulis, Razali Endun yang berpendapat penulis mempunyai tanggungjawab sebagai pendidik dan penyampai ilmu kepada masyarakat serta bukan semata-mata mencari keuntungan dari segi kewangan.

“Sekiranya golongan penulis berbuat demikian, hanya untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas tanpa mengambil kira kualiti dan estetika, maka tanggungjawab itu tidak akan tercapai.“Penulis berperanan mendidik pembaca ke arah hala tuju yang betul kerana senario pembacaan masyarakat umum pada masa ini, bertumpu pada pembacaan bahan bacaan ringan,” katanya.

Mohd Adzam Khozim atau lebih dikenali sebagai Najwa Aiman yang mewakili penulis novel popular, berkata pengalamannya menunjukkan novel dengan kisah masyarakat, kurang mendapat sambutan pembaca.“Novel pertama saya mengenai cerita haruan makan anak dan novel ketiga berhubung perjuangan graduan dari England yang pulang ke tanah air, kurang mendapat sambutan pembaca,” katanya.

Bagaimanapun, novel keduanya, Kau Dan Aku, dengan sinopsis yang memperlihatkan seolah-olah ia adalah sebuah kisah cinta, mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca. Justeru, Mohd Adzam, yakin bahawa penulis tidak berkuasa menukar minda pembaca kerana ada di kalangan masyarakat yang tidak boleh memahami karya sastera sama ada sasterawan luar mahupun tanah air. “Selain itu, buku yang ditulis dengan menggunakan nama lelaki juga kurang digemari pembaca sehingga memaksa saya menggunakan nama pena, Najwa Aiman, dan ternyata mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.

Forum yang dipengerusikan Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah itu dihadiri kira-kira 20 penulis termasuk SN, Datuk (Dr) A Samad Said dan Azizi Ali selain penulis muda seperti Ahmad Fadzli Yusuf dan Irfan Khairi.

p/s: Untuk membaca komen Nisah dan melihat gambar-gambar sekitar program ini, sila klik di sini!

Read more...

Ahad, Oktober 15, 2006

MERAK JADI SAKSI
Saya bersama Saifur Rohman.
Lokasinya di Taman Bunga Nusantara, Cianjur.
Saya lupa tangan siapa yang kurang mahir mengambil gambar sehingga kami kelihatan kecil dalam panorama seindah ini. Terima kasih, Fur, kerna sudi berkenalan dan beraksi di depan kamera denganku. Merak di belakang kita itu saksinya.

Read more...

TERIMA KASIH, TUHAN!

Ya Allah, aku berterima kasih kepada-Mu kerana menghantarku ke sana! Kini kuakui, betapa tanggungjawabku berdakwah lewat penulisan ini juga berat. Amat berat. Dugaannya luar jangka. Amar makruf nahi mungkarnya juga banyak yang mesti dilaksana.
Peliharalah aku daripada golongan yang jahil dan zalim. Golongan yang tidak dapat membezakan antara kaca dan permata. Antara bunga api dan lilin. Antara anak dara, janda, dan isteri orang.
(Hmmm. Apa agaknya ya? Apa agaknya reaksi Pak Lah dan Tun Mahathir jika tiba-tiba sahaja Susilo Bambang Yudhoyono sibuk mencelah merapik meraban mengulas 'krisis' mereka berdua? Tidakkah itu menjaga tepi kain orang namanya?)

Read more...

Sabtu, Oktober 14, 2006

Nawaitu...

Dah nasib seorang selebriti
nak buat baik pun dipandang salah...


---> Soal kenyataan saya tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam filem Aduh Saleha, itu pendirian dan pendapat peribadi saya. Tak terlintas di hati untuk menyinggung mana-mana pelakon lelaki. Bagi saya, itu peringatan untuk diri sendiri. Andai ada yang terasa hati, dengan penuh ikhlas saya memohon maaf. Saya faham masing-masing mencari rezeki dan menghormati pendirian mereka.
- -> “Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?
“Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkan aku nak tengok saja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?”
"Kalau Mawi boleh bersalaman dengan peminat atau orang media (wanita), kenapa di dalam filem tidak boleh?"
"Lebih baik jual kopiah, jual kain..."
"Hukum berdosa atau tidak bersentuhan ini sudah ditentukan Allah. <---
Tetapi ini kerja saya, kalau saya tidak memberi nafkah kepada anak bini, tentu lebih berdosa. Entah-entah anak boleh jadi perompak untuk hidup."
“Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud.
“Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atib jalankan tugasnya."

Memo: Saya bukanlah peminat Mawi. Tapi pada saya, respon yang diberikan oleh dua pelakon terbabit terhadap syarat Mawi yang tidak mahu menyentuh pelakon wanita dalam lakonannya nanti agak keterlaluan.

Read more...

Sabtu, Oktober 07, 2006

LAGI FOTO-FOTO KENANGAN BENGKEL MASTERA 2006 ii
Tiga sekawan yang tidak gentar untuk dirakam bergambar bertiga. Alias Ismail dan Jaya Ramba di samping Saifur Rohman, wartawan Republika yang juga calon S3 di Universiti Gajah Mada. Kepala burung merak sebesar itu hanya bisa
didapati di Taman Bunga Nusantara, Cianjur.
Di Gunung Mas, Puncak Bogor bersama puteri Abdul Hadi WM, si Chen Chen @ Intan Gayatri, wartawan KOSMO dari Terengganu, Alias Ismail dan perakam derita mangsa Tsunami, Sulaiman Tripa dari Banda Acheh.

Bersama Dirman al-Amin dari Indonesia dan Jaya Ramba tatkala mengikuti Seminar Pengajaran Sastera Malaysia/Indonesia di Universiti Pakuan.
Di hadapan kami, Puan Zalila Sharif, Ketua Bahagian Sastera Kebangsaan DBP yang mesra dan sudi bergambar bersama.

Read more...

Isnin, Oktober 02, 2006

2 MAJALAH YANG MESTI DIBELI BULAN INI!


Untuk membaca tulisan Ahadiat Akashah tentang Bengkel Mastera 2006 di Bogor, sila dapatkan Dewan Sastera Oktober 2006 yang baru berada di pasaran.

Jadi tidak timbullah soal mendedahkan keburukan orang di khalayak kerana penulis itu sendiri dengan penuh sedar dan ikhlas sudah mendedahkan dirinya sebagai pembimbing program antarabangsa berprestij itu.

Bacalah artikel Renungan dalam Menungan di Puncak Kemuncak yang sangat menarik untuk diberikan reaksi.


Satu lagi, majalah Tunas Cipta Oktober 2006 yang menampilkan Ina Naim sebagai covernya (alamak, walaupun bertudung tapi lehernya nampak!)

Oh ya, Ina juga sudah bergelar penulis setelah 'mendedahkan' biografi cinta lukanya yang sedang meletup di pasaran (alahai, orang lain pun putus tunang dan putus cinta juga, dik oii!).

Justeru, dapatkanlah juga Tunas Cipta yang khabarnya sedang menghitung hari untuk dikebumikan tanpa talqin (aduhai sedihnya!) sebagai kenang-kenangan sebelum kita hanya dapat mendengar namanya saja pada tahun hadapan!

Read more...

Jumaat, September 29, 2006

SALAM RAMADHAN dari PALESTIN
"Pergi anakku! Moga Allah selamatkan kamu!"

Read more...

Sabtu, September 23, 2006


SINGGAH DI MADRASAH RAMADAN
Singgah di Madrasah Ramadan
sering aku malu melihat pakaianku sendiri
yang masih selekeh
membaluti jasad hitam berdaki.
Singgah di Madrasah Ramadan
selalu aku segan
membelek buku disiplinku
yang makin bertambah
catatan dakwat merahnya
di sana sini kutemui ulasan buruk
oleh Atid yang mengawasi.
Singgah di Madrasah Ramadan
kerap aku menyesali laku lalu
mentajdid niat
mengulang amal
yang sering kulupakan
sepanjang perjalanan sebelas purnama.
Buloh Kasap
3.18 petang
3 Ramadan 1426
Selamat singgah di Madrasah Ramadhan.
Ramadhan Kareem!

Read more...

Rabu, September 20, 2006

LAGI FOTO-FOTO KENANGAN di BENGKEL MASTERA 2006
Pernah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta?
Di sinilah lokasinya. Sementara teman-teman lain ke Tanah Abang, saya nekad seorang diri ke Pasar Senin. Dan ini, antara gerai-gerai buku terbuka
di Jalan Kwitang. Penat dan panas, tetapi puas.

Sesi Bengkel (Bedah Novel) pada hari keempat. Yang kelihatan di gambar selain saya dan Alias, dua pembimbing kami iaitu Pak Budi Darma dan Pengiran Metusin.

Bersama dua sahabat penulis yang terasa dekat meskipun jaraknya jauh. Barangkali sealiran. Ini dua pemimpin FLP (Forum Lingkar Pena). Ernawati menerajui FLP Samarinda, sementara Akhir Dirman al-Amin mengetuai FLP NTB. Terima kasih kerana sudi menemani saya ke Gramedia Bogor malam itu.

Dah dengar komen penulis lain yang menyentuh artikel saya di Mingguan Malaysia baru-baru ini? Cuba baca apa kata Nisah Hj Haron dalam entri terkininya.

Read more...

Isnin, September 18, 2006

FOTO-FOTO KENANGAN di BENGKEL MASTERA 2006

Bergambar ramai-ramai pada Malam Penutup.

Barisan Belakang sahaja: Saifur Rohman (UGM), Alias Ismail, Dirman al-Amin (FLP), Jaya Ramba, Andrei Aksana, Intan Gayatri (puteri Abdul Hadi WM), Dayang (Brunei), Sulaiman (Banda Acheh), Atikah (staf Pusat Bahasa), Mohd Rafi (Singapura), saya dan Salehin (Singapura)

Bersama (dari kiri) Pak Budi Darma, Pak KH. Ahmad Tohari dan Pak Suratman Markasan di Taman Bunga Nusantara, Cianjur. (Wah, Kak Amaruszati Noor Rahim sedang melintas di belakang!)


Pagi pertama dalam seminar di Universiti Pakuan, Putu Wijaya sedang membaca cerpennya secara spontan. Judulnya, Tekukur ... kur ... kur ... kurrrr!

Bersama Pak Putu Wijaya yang setia dengan topi pet putihnya. Pagi itu - ngak bisa dilupa - hampir dua jam dapat bicara secara 'berdua-duan' dengan bapak. Waduh, non-stop!

Read more...

BENGKEL MASTERA 2006 :
SEJARAH YANG TIDAK HARUS BERULANG


(Artikel di bawah ini adalah tulisan asal saya yang belum disentuh editor dan tersiar dalam Mingguan Malaysia 17 September 2006)

BENGKEL Penulisan MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) hadir sekali lagi sebagaimana lazim pada tahun-tahun sebelumnya bagi mempertemukan penulis-penulis muda di nusantara. Tarikhnya mulai 31 Julai hingga 7 Ogos 2006. Lokasinya buat kali yang kesepuluh ini di Wisma Arga, Mulya, Bogor, Indonesia.

Selain saya, lima penulis muda lain yang bukan calang-calang terdiri daripada Alias Ismail, Jaya Ramba, Salina Ibrahim, Amaruszati Noor Rahim dan Marwati Wahab (Aleya Aneesa) telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke program penataran tersebut. Memandangkan tahun ini genre novel mengambil gilirannya, justeru yang terpilih setelah disaring oleh urus setia adalah barisan penulis novel yang diyakini berpotensi dan sedang mencipta nama di persada sastera tanah air.

Memang diri terasa kerdil betapa melihatkan senarai novelis yang mewakili negara. Masing-masing sudah menulis sekurang-kurangnya lima buah novel dan pastinya lebih berpengalaman berbanding saya. Namun keinginan untuk menambah ilmu, menokok pengalaman dan berguru dengan tokoh-tokoh sasterawan negara tetangga mengatasi segalanya. Peluang yang hadir sesekali begini tidak wajar dilepaskan. Jutaan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah menghantar kami ke sana.

Program penulisan MASTERA kali ini saya kira agak padat tetapi menarik. Dimulakan dengan Seminar Pengajaran Sastera Indonesia/Melayu di Universiti Pakuan selama sehari yang sendat dengan pembentangan kertas kerja oleh sarjana-sarjana sastera negara peserta MASTERA iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Namun kami sangat bertuah dan teruja menonton persembahan baca cerpen dan puisi yang begitu bertenaga dan mengesankan oleh Putu Wijaya dan Sutardji Calzoum Bachri di awal dan akhir seminar.

Kemudian pada malamnya, diadakan sesi taaruf antara peserta dan pembimbing. Setiap negara peserta MASTERA menghantar enam peserta dan dua pembimbing kecuali Singapura sebagai negara pemerhati yang menghantar dua peserta dan seorang pembimbing. Seperti biasa, Indonesia sebagai tuan rumah meletakkan nama-nama besar sebagai pembimbing demi meraikan tetangganya yang datang bertandang. Bagi kami yang sering mengikuti sastera Indonesia, terasa bagaikan bermimpi apabila barisan sasterawan Indonesia bangkit seorang demi seorang memperkenalkan diri.

Siapa yang tidak teruja gembira melihat Prof. Budi Darma, novelis Olenka dan Rafilus merangkap pakar rujuk sastera Indonesia yang cukup dikenali di pelosok Nusantara penuh bersahaja tetapi mesra memulakan sesi taaruf. Hati mana yang tidak melonjak girang melihat Putu Wijaya pengarang versatile yang begitu terkenal dengan novel Telegram tersenyum intim ketika mencapai mikrofon. Dan perasaan mana yang tidak tersentuh mendengar betapa luhur dan tawaduknya ucapan pertama Ahmad Tohari sasterawan berlatarbelakang pesantren tetapi sangat berpengaruh menerusi trilogi Ronggeng Dukuh Paruk yang sudah diterjemah ke beberapa bahasa?

Bagaimanapun, Singapura tidak mahu mengalah dengan menghantar Suratman Markasan dari ASAS ’50 sebagai pembimbing, manakala Brunei menitipkan Pengiran Haji Metusin Pengiran Md Daud dan Ampuan Dr. Hj Ibrahim. Sedang Malaysia pula menghantar Siti Aisah Murad dan Ahadiat Akashah untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman penulisan dengan para peserta.

Seterusnya program berlangsung lancar dengan para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan demi menjanjikan bengkel yang lebih intensif. Malah para pembimbing juga dibahagikan kepada tiga kelompok. Justeru selama tiga hari mereka diminta beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan peserta agar setiap peserta berpeluang berdamping dan meraih pengalaman daripada setiap pembimbing.

Selain berbengkel, para peserta juga dihidangkan dengan ceramah oleh Prof Fuad Hassan yang didatangkan khas dari Universiti Indonesia untuk berbicara tentang Manifestasi Budaya. Terpengaruh dengan cadangan Ahmad Tohari dalam Sidang Pleno yang melihat betapa pentingnya hubungan penulis dengan editor atau media, urusetia MASTERA sempat mengundang Kennedy Norhan, pengarang akhbar KOMPAS untuk berdialog dengan para peserta. Sebelum majlis penutup, para peserta dibiarkan menyuburkan idea masing-masing sambil bersantai separuh hari di Gunung Mas, Puncak Bogor sebelum ke Taman Bunga Nusantara di Cianjur.

Namun tiada acara yang sempurna sebenarnya termasuk program bertaraf antarabangsa sebegini. Secara peribadi - malah pandangan ini turut disokong oleh teman-teman penulis seangkatan - saya melihat penghantaran novelis popular terkenal Ahadiat Akashah sebagai pembimbing ke bengkel novel MASTERA adalah satu kesilapan yang tidak harus diulangi. Pandangan yang kontra ini bukanlah langsung berkaitan dengan peribadi Ahadiat (yang saya kira cukup bersopan dan penyantun orangnya) tetapi menjurus kepada prestij yang ada pada program itu sendiri.

Bengkel MASTERA adalah program berprestij dan tidak sewajarnya direndahkan martabatnya dengan menghantar pembimbing yang karyanya belum benar-benar teruji dan diperakukan oleh cerdik pandai sastera. Tanpa menafikan kemampuan stamina Ahadiat yang menurutnya sudah menghasilkan lebih 70 buah novel popular, saya berasa adalah lebih wajar jika pihak Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urusetia MASTERA Malaysia memilih pembimbing yang lebih berkredibiliti seperti SN A. Samad Said, SN Arena Wati, Anwar Ridhwan, Siti Zainon Ismail dan Zaharah Nawawi. Malahan menurut peserta Bengkel Novel MASTERA pada tahun 2001, SN S. Othman Kelantan dan A. Wahab Ali pernah dihantar sebagai pembimbing.

Kita seharusnya berasa malu dengan tuan rumah Indonesia yang tekal mengangkat prestij MASTERA, justeru berusaha meletakkan tiga tokoh sasterawan mereka yang pernah meraih anugerah dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai pembimbing. Kepuasan tetamu dan penghormatan kepada tetangganya sangat diutamakan. Pembimbing yang dipilih ketara bukan sembarangan penulis malah sangat kuat jati diri dalam karyanya dan peribadinya teguh berprinsip!

Malangnya kesedaran semacam itu tidak timbul di sini. Sebaliknya kita lebih terpesona melihat kuantiti karya dan populariti seseorang penulis sebagai kayu ukur kejayaannya. Aspek nilai atau kualiti, apalagi estetika bentuk mahupun makna semuanya dihumban ke tepi. Lantas tanpa disedari sebenarnya, kita telah menjatuhkan maruah sastera Malaysia sendiri. Kita telah ‘menzalimi’ malah mengkhianati perjuangan menobatkan bahasa dan sastera kita sendiri apabila meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Bahkan saya yakin betapa para peserta mahupun pembimbing dari Brunei dan Singapura yang sentiasa tekun mengikuti perkembangan sastera Melayu selama ini tertanya-tanya dengan pemilihan pembimbing kita. Usah terkejut jika ada peserta dari negara jiran yang awal-awal lagi sudah mengetahui nama-nama dalam senarai awal pembimbing Malaysia. Namun pastinya mereka buat-buat tidak mengerti dan persoalan itu langsung tidak ditimbulkan demi menjaga air muka delegasi kita.

Memang pahit untuk menelan realiti yang tidak seharusnya berlaku. Tetapi, sejarah ‘hitam’ yang sudah tercatat itu tidak wajar diulangi dan harus dilihat dengan penuh iktibar : Betapa masih ramai birokrat sastera yang kadangkala semacam hanyut dalam arus liberalisme dan jauh terpesong hala tujunya.

Sepadan dengan usianya yang sudah menjangkau setengah kurun, DBP sewajarnya lebih bijaksana dan matang. Segala tindakan hendaknya dilaksanakan dengan penuh kesedaran dan berwawasan demi kepentingan bahasa dan sastera Melayu yang semakin terpinggir di negaranya sendiri - sesuai dengan sambutan Jubli Emas DBP yang dirayakan secara gilang-gemilang baru-baru ini.

Memo: Kebenaran itu kadangkala pahit! Justeru firman-Nya: berpesan-pesanlah kepada kebenaran, dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran. Namun berapa sangatlah orang yang sentiasa terbuka menerima kebenaran?

Read more...

Rabu, September 13, 2006

ANTARA 2 KEMATIAN

Pada 4 September, 'Pemburu Buaya' Steve Irwin meninggal dunia setelah dadanya robek terkena sondak seekor pari yang tiba-tiba naik angin. Ada kawan saya muram dua tiga hari kerana selebriti pilihannya mati. Ada juga anak teman kita yang murung dua tiga hari kerana 'hero'nya pergi dengan cara demikian. Begitulah, kadang-kadang kesedihan kita 'dibazir-bazirkan' untuk perkara yang tidak sepatutnya. (Untuk peminat-peminat Steve, cuba baca 'teori kematian'nya yang tidak dipaparkan atau sengaja disembunyikan oleh media Barat! Cukup mengemparkan, saya kira.:-))


Sementara pada 5 September, seorang saudara seIslam kita telah meninggal dunia. Rafie Syzwan namanya. Seorang pengamal undang-undang. Seorang mualaf yang dilembutkan hatinya lalu bertemu nur iman kira-kira lima tahun yang lalu. Namun, bagaimana agaknya perasaan dan sikap kita, sekiranya menurut sumber yang diyakini sahih, jenazah Allahyarham tidak disempurnakan mengikut cara kita?

Read more...

Isnin, September 04, 2006

Inna Lillah

Semalam, satu lagi khabar kurang menggembirakan diterima. Penulis novel remaja yang terkenal sekitar akhir 80-an dan awal 90-an - Mohd Ismail Sarbini - telah dijemput Ilahi pulang ke pangkuan-Nya.

Khabarnya Allahyarham menderitai barah usus dan meninggal pagi semalam. Dia, sesungguhnya, selain Khairuddin Ayip, penulis yang sangat-sangat saya 'gilai' karya-karya mereka. Saya kira novel mereka berdua banyak merangsang awal penulisan saya. Sayangnya hingga hari ini kami tidak pernah bertemu.

Novel-novelnya seperti Mendung Semalam, Cinta Seorang Guru, Jalinan Kasih, Bunga Hati, Mawar Merah Kembang di Hati, Bingkisan Rindu, Nur di Sudut Hati dan banyak lagi adalah novel-novel remaja yang sangat mengesankan dan membina, malah berbeza pengolahannya dengan novel-novel popular masa kini.

Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh.
Al-Fatihah!

Read more...

Rabu, Ogos 30, 2006

Al-Fatihah

Sama-samalah kita hadiahkan Ummul Kitab buat Pemenang Hadiah Nobel 1988 (sastera) Naguib Mahfouz yang telah berangkat ke alam barzakh hari ini. Beliau yang merupakan penulis Arab pertama menerima pengiktirafan tersebut meninggal ketika berusia 94 tahun setelah kritikal sejak dua minggu yang lalu.

Saya masih ingat, ketika mengambil subjek Prosa Moden 2 dengan Prof. Dr. Ibrahim al-Fayyoumiy di tahun tiga dulu, saya memaksa diri 'menelan' sebuah novel beliau berjudul Sarsarah fawq an-Nil (Small Talk on the Nile (1966)) - kalau tidak silap. Itu bacaan wajib kami. Dan saya masih ingat, pensyarah itu cukup meminatinya dan pernah menyebut, novel Al-Liss wal Kilab sebagai antara novel Arab moden terbaik.

Namun, saya akui kurang meminati beliau berbanding Naguib yang seorang lagi iaitu Naguib al-Kilani. Gambaran negatif yang diberikan oleh orang-orang Arab sendiri terhadap Naguib membuatkan saya kurang 'bermesra' dengan karya-karyanya. Ditambah pula, beliau memang cukup kontroversi dan dikecam oleh para ulama dan pencinta Islam terutama menerusi novelnya seperti Awlad Haaratina (The Children of Gebelawi (1959)) dan beberapa lagi.

Selain itu, saiz/bentuk dan tulisan pada novel-novel beliau juga tidak menarik menurut pandangan saya. Dengan kertas nipis (yang lekas pula bertukar menjadi kekuningan) dan ilustrasi yang entah apa-apa, novel-novelnya memang agak murah dan mudah didapati di mana-mana.

Namun saya tetap memiliki beberapa karyanya untuk dibawa pulang ke tanahair seperti Zuqaq ul-Midaq (Midaq Alley), Khan el-Khalili, Miramar, Al-Liss wal Kilab (The Thief and the Dogs (1961). Malah DBP sendiri pernah menerbitkan dua novel terjemahan karya Naguib Mahfouz yang cukup terkenal iaitu Bidayah wa Nihayah (Bermula dan Berakhir) dan Zuqaq al-Midaq (Lorong Midaq)

Read more...

Isnin, Ogos 28, 2006

Sebelum meneruskan catatan-catatan saya tentang Bengkel MASTERA 2006 di Bogor, Indonesia suka saya selitkan di sini cerpen yang barangkali tidak ramai pernah membacanya. Sekalipun saya menulisnya pada akhir 2001, tapi ia masih relevan saya kira dengan fenomena MURTAD yang makin menjadi-jadi menurut Sahibussamahah Datuk Harussani (tetapi dinafikan pula oleh menteri agama baru-baru ini di parlimen. Eh!).

Dan kalau nak baca kes murtad Hartina Kamaruddin, klik sini !

DEMI CINTAMU, HUSNIL KHATIMAH
Oleh Zaid Akhtar
(Mingguan Malaysia 30 Disember 2001)

CERITA ana ini mungkin ada pada sesiapa termasuk anta juga. Ana tidak terkejut jika anta tidak mahu percaya, meski ia cerita benar. Terpulang kepada anta. Dan ana tidak memaksa sesiapa untuk percaya apalagi menjanjikan apa-apa. Namun untuk lebih meyakinkan anta, ana telah menyediakan saksi kepada kebenaran fakta cerita ini.

Ringkasnya, ana nyatakan: Nil mencintai ana sejak di bangku sekolah. Kami sama-sama terpaut hati dan menjadikan cinta pemangkin semangat untuk meraih kecemerlangan dalam SPM. Guru-guru merestui dan kawan-kawan menganggap kami pasangan yang paling ideal. Memang cukup menggembirakan juga apabila sama-sama berjaya membuktikan keunggulan dalam peperiksaan. Dan sebuah cinta sejati mesti tahan diuji masa dan tempat. Kami terpaksa berpisah sementara - demi cita-cita - ana ke utara mengaji perakaunan, dan Nil ke matrikulasi undang-undang sebuah universiti di ibu negara.

Nil gadis baik. Lembut dan cantik. Sopan dan menawan. Sebagai siswi yang terdidik dengan agama sejak kecil, semestinya Nil bertudung dan taat menjaga syariat. Haram sekali belum pernah kami keluar dating seperti pasangan lain. Padanya memang terlengkap ciri-ciri penyejuk mata yang ana cari. Lalu kala usia sementah itu, ana sudah memasak tekad ke teras hati: biarlah Nil yang pertama, juga yang terakhir. Dan tidak lupa, tanpa pengetahuan Nil, ana tinggalkan seorang teman yang boleh dipercayai dan kebetulan sekuliah dengannya sebagai pemerhati. Namanya Jai - saksi utama cerita ini yang ana janjikan tadi. Tengok-tengokkan saja, pesan ana; kalau ada apa-apa, lapor segera!

Entah kerana apa, setahun selepas itu, hubungan yang masuk tahun ketiga itu terhenti sekerat jalan. Barangkali dihambat rutin kesibukan seorang siswa - senantiasa berkejar dengan kuliah, tutorial, assignment, peperiksaan, dan persatuan. Barangkali bosan diejek oleh kejemuan tinggal berjauhan. Barangkali juga akibat keegoan masing-masing. Ana tidak arif asbab setepatnya, dan tidak juga mahu mempertikaikan: siapa di antara kami yang memulakan tidak menghantar khabar berita. Yang pasti, kami terputus hubungan selama dua tahun. Cinta 'monyet' zaman persekolahan itu ternoktah di situ.

Ana kesal juga. Rasa kasih itu masih ada. Rindu menghimpit juga kadangkala. Namun ego tinggi lelaki membunuh niat awal untuk memujuk. Biarlah masa yang jadi penentu siapa yang akan mengalah. Ditambah apabila ana bertemu pula dengan Kay, Nil hampir dilupakan terus.
Kelembutan dan kebaikan Kay - seperti Nil - mengisi sepi dan kekosongan hati ana. Kami bertemu dalam program bakti siswa dan begitu jelas sealiran minat dan bidang. Hari demi hari, kebersamaan dalam berpersatuan menambah keintiman. Menjelang semester terakhir, bimbang kasih terungkai lagi, kami muwafik mengikat tali pertunangan.

Bahagia di hati ana sekejap cuma. Siapa sangka, tragedi yang juga dianggap klise dalam kisah-kisah sebegini, turut meronai kami. Takdir kadangkala hampir serupa. Kay terbunuh dalam kemalangan jalan raya selepas menduduki imtihan terakhirnya. Kesedihan tidak terucap namun air mata tidak pula keluar. Lantas ana meninggalkan utara Semenanjung sebaik tamat pengajian demi memadam memori duka. Beginikah pedihnya ditinggalkan orang tersayang?
Belum sempat menganggur, ana lekas disapa jawatan akauntan di sebuah firma. Beberapa bulan di Kuala Lumpur, ana tersua Jai yang hampir ana lupakan.

Kau pacar paling tak guna! Ana terpinga-pinga. Jai memarahi ana dan mengungkit janji ana pada dirinya beberapa tahun lalu, pada Nil terutamanya. Spontan cerita silam itu bangkit semula. Pertama dan terakhir konon! Dasar pantang tengok dahi licin! Memang dia rupanya amat kesal dengan apa yang terjadi ke atas ana dan Nil sebelum ini. Telah berikhtiar menolong, berusaha menyambung kembali kasih yang terlerai; tetapi gagal setelah kehadiran Kay. Ana terkelu dihukum menelan paku buah keras yang dipulangkan.
Di mana Nil sekarang?
Jangan kesal, Fal. Kau datang agak lewat.
Ana terkesima. Keluhan Jai itu mulai mengundang rasa bersalah. Lantas bertalu-talu mendesak Jai memerihalkan situasi sebenar.
Bagaimana dengan Nil sepeninggalan aku?
Salahkan dirimu Fal, bila mendengar ceritaku ini. Usah terperanjat. Nil sekarang bukan Nil yang dulu lagi. Hidupnya hampir hancur.
Hancur?
Kau meninggalkannya begitu saja. Tanpa kata, tanpa pesan. Kau bukan kekasih setia. Kasihan. Dia sungguh kecewa. Ah, cinta kadang-kadang membahagiakan dan merosakkan manusia.
Jai mencari kekuatan bercerita. Ana tunduk patuh. Bagai pesalah yang menghadapi algojo lagaknya.
Pelajarannya hampir tersungkur. Mujurlah ada kawan-kawan yang simpati, dan dia bangkit semula. Biarpun lukanya akibat perbuatan kejammu belum sembuh benar-benar. Dia masih mengharapkanmu.
Ana hanya mampu menadah telinga dalam debar.
Aku cuba menghubungimu kala itu. Tapi gagal. Ya, khabarnya kau bertemu yang baru. Hampir setahun yang lalu, Nil berkenalan dengan seorang pemuda kacukan. Ben nama timangannya. Pemuda ini kelihatan baik, terpelajar, berada, dan boleh dipercayai tetapi latar belakangnya yang sebenar tidak diketahui. Hubungan mereka intim ditambah simpati Ben terhadap dirinya. Ramai juga teman yang meraguinya melarang, namun Ben dengan karismanya yang memikat, tetap berjaya memenangi hati Nil yang kosong.
Ana menggigit bibir.
Lagipun, Ben ketara begitu ikhlas dan berminat untuk kembali kepada pengamalan Islam yang sebenarnya. Nil rasa terpanggil untuk berdakwah. Kononnya, kata Ben, keluarganya jauh dari agama. Solat, puasa, zakat entah ke mana. Hanyut kebaratan. Dia mahu Nil membentuknya ke jalan lurus kembali. Dan seterusnya, mahu menikahi Nil.
Fal, kautahu kesudahannya?
Ana sekadar menggeleng.
Nil terpedaya. Mereka terlanjur….
Ya Allah! Ana terkesiap amat. Menekup muka dengan tangan. Telinga ini tersalah dengar?
Ya. Kisah Natrah barangkali telah dilupa. Tapi usaha memesongkan akidah gadis Melayu masih berterusan. Ben guna pil khayal. Nil kini hamil lima bulan. Pengajian terpaksa ditangguhkan. Mereka belum menikah. Dan sekarang, khabarnya Ben sedang berusaha menggoyahkan sisa-sisa keimanannya. Ah, kau tentu faham tindakan mereka selanjutnya.
Rasa berdosa serta-merta mendera.
Ana sudah lama mendengar episod cerita begini. Tetapi, payah mahu percaya, ia menimpa gadis sebaiknya yang pernah ana kenali. Akukah punca semua ini? Selamatkan dia, Fal. Bisik Jai. Engkaulah orang yang paling tepat!
Akulah yang bersalah membiarkannya! Rasa kasih dan kasihan deras meluap-luap. Apa yang harus aku lakukan?
Lantas kami segera menjejak Nil. Memang malang. Dia telah diusir keluarganya dan terpaksa menebalkan muka, menumpang di rumah Rai, antara sahabatnya yang bersimpati. Namun Ben terus-terusan memomokkannya dari sehari ke sehari, Rai memberitahu. Nil diugut. Ben tidak mahu bertanggungjawab dan akan memalukannya sekiranya enggan menukar agama! Alangkah malangnya nasibmu! Kekesalan yang sukar dibendung mendorong ana bertekad mahu menyelamatkannya, walau apa harganya sekalipun yang harus dibayar. Biarlah ana berkorban demi cinta murni yang pernah terjalin. Demi rasa kemanusiaan. Demi akidah sucinya!
Kami dipertemukan juga setelah sekian lama terpisah. Nil berwajah lesi, terkejut dan terselingar. Pura-pura tidak mengenali ana lagi bila disapa. Dia menangis. Rai dan Jai hanya melihat dari jauh. Membiarkan sahaja.
Nil dah tak kenal Fal lagi?
Fal dah tak ada dalam kamus hidup Nil lagi.
Fal minta maaf. Fal sangat bersalah padamu.
Maaf? Pergilah dengan cita-cita, Fal. Nil dah rosak.
Percayalah! Walau apa pun, Fal masih sayangkan Nil. Hati Fal masih macam dulu. Lupakanlah cerita silam. Kita bina kehidupan baru.
Carilah gadis yang lebih suci. Nil tertawa seperti dirasuk hantu. Nil bukan gadis lagi. Fal mau terima Nil dengan perut yang boyot ini?
Angguk.
Fal terlalu berdosa meninggalkanmu. Fal ingin menebus dosa itu. Tawanya pupus serta-merta. Tidak percaya? Ana tidak berganjak dengan keputusan itu. Dan ana tahu, hatinya masih ada ruang untuk ana lagi. Segala-galanya berlaku begitu pantas. Dengan bantuan Jai dan Rai, Nil berjaya kami tiup keyakinan dan semangatnya semula.
Tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawan selain Jai dan Rai, kami menikah minggu itu juga dengan berwali hakim di pejabat agama. Menakjubkan sungguh. Macam mimpi. Ana sendiri kadangkala rasa kurang percaya. Tetapi inilah amanah Allah. Inilah cinta sebenarnya barangkali.
Ya, cinta sejati memang menagih pengorbanan.
Dan Nil kadang-kadang sengaja menduga:
Mengapa abang masih pilih Nil?
Sebab cinta abang hanya pada Nil saja.
Bukan kerana kasihan?
Geleng.
Bukankah sejak sekolah lagi abang cintakan Nil?
Pengorbanan abang terlalu besar! Bagaimanakah Nil dapat membalasnya?
Cinta sejati mesti ada ujian. Mesti ada pengorbanan. Abang pilih Nil kerana abang kasihkan Nil. Sayangkan akidah Nil.
Cinta lama itu hangat semula. Auranya kembali menyelimuti kami. Bezanya kini kami di alam perkahwinan. Bahagia meronai jiwa. Berdekatan dengannya terasa jauh lebih tenteram. Namun ada cabaran lebih akbar di depan. Bagaimana mahu menghadapi keluarga?
Ya, bonda memang sudah lama merungut mahu ana cepat beristeri. Mahukan cucu katanya. Lantas, kepada bonda, ana khabarkan sudah bertemu pengganti arwah Kay, dan akan segera berkahwin pada masa yang sesuai. Justeru, kami berdua merancang sejurus Nil melahirkan bayinya nanti mahu disatukan secara beradat.
Anak dalam kandungan Nil kian membesar. Bimbang diganggu oleh Ben dan khuatir terserempak dengan kaum kerabat ana atau sahabat terdekat, kami berpindah ke rumah sewa baru. Hanya Jai dan Rai sahaja yang tahu. Jiran sekeliling yang kurang mengambil peduli tidak menjadi kerisauan. Untuk beberapa bulan, ana terpaksa mengelak daripada diziarahi sesiapa demi menjaga kerahsiaan ini. Demi kemaslahatan Nil.
Kandungan Nil masuk ke bulan terakhir. Bagaimana dengan nasib anaknya nanti? Itulah yang kerap bermain-main di fikiran dan mengganggu tidur. Tentang latar belakang Nil, ana tidak bimbang. Jika ditanya kelak, jawapannya sudah ana fikirkan. Kepada keluarga, akan ana katakan, Nil anak yatim piatu. Tiada saudara-mara lagi. Kononnya ana terpesona dengannya semasa menziarahi seorang teman di rumah anak-anak yatim. Cinta selayang pandang. Jai dan Rai juga pasti dapat membantu. Sekurang-kurangnya menjadi saksi penguat cerita.
Tetapi soal identiti anak di dalam kandungannya ini yang memeningkan kepala. Kelak mahu dibinkan apa? Dan masakan terlalu lekas pula kami mahu mengambil anak angkat selepas berkahwin! Apa pula kata mereka nanti? Bagaimana dengan anak ini? Tanya Nil lagi.
Anak Nil, anak abang juga. Ia tidak berdosa. Ia amanah Allah pada kita. Ana menghembuskan keyakinan ke wajah Nil yang mulai ceria.
Abang terlalu baik!
Demi cintamu, Nil!
Ana hanya pasrah pada takdir. Tawakal. Ana yakin, selagi perbuatan ana tidak menyalahi agama, rahmat Allah sentiasa bersama. Pasti ada reda-Nya. Salahkah tindakan ana selama ini? Bukankah ini pengorbanan demi cinta sejati?
Suatu malam, Nil mengadu sakit perut. Nafasnya nampak lelah. Kainnya juga sudah lencun basah. Lalu kami berkejar ke hospital. Barangkali masa kelahirannya sudah karib. Didorong cinta yang makin kental, ana cuba menyelit masuk bersama, tetapi ketegasan doktor menghalang. Hanya pandangan sayu terakhir Nil yang sedang berkerut menahan sakit menjadi bekal ana kala menunggu.
Ana gelisah di luar dalam pada Nil di dalam sedang bertarung dengan maut. Tuhan sahaja yang Maha Tahu hati ana waktu itu. Menanti legaran waktu, dalam debaran yang tidak menentu, alangkah sengsara!
Doktor yang menghalang ana tadi keluar semula. Ana lekas menerpa.
Bagaimana isteri saya, doktor?
Err, diharap encik dapat bertenang.
Nil yang menghidapi asma dikatakan menghadapi kesukaran sewaktu melahirkan. Bayinya yang songsang pula lemas.
Tuhan lebih menyayanginya. Maafkan kami. Kedua-duanya gagal diselamatkan.
Alangkah lekasnya pertemuan semula, kini perpisahan pula menjelma? Lutut terasa longgar. Air mata tidak dapat ana bendung lagi sewaktu menatap jenazahnya yang damai. Menangis semahu-mahunya!
Demikian Nil pergi. Syahid di akhirat bersama puterinya yang ana namakan seperti namanya - Husnil Khatimah. Kehilangannya begitu terasa berbanding kepergian Kay dulu. Namun ana reda, sekurang-kurangnya ana telah melaksanakan sebuah amanah Tuhan.
Ia tamat di situ.
Ya, memang ini bukan sekadar cerita cinta tetapi memori sedih. Pelik bukan? Cinta bukan sahaja hadir tiba-tiba malah kadang-kadang lahir dari rasa kasihan. Dan seringnya pengorbanan akan ditagih cinta sejati, yang cuma satu dalam seribu.
Apakah anta percaya?

Read more...

Jumaat, Ogos 18, 2006

CATATAN BENGKEL MASTERA di BOGOR

Sudah lebih sepuluh hari kembali ke Malaysia, namun ingatan ini sesekali masih lagi terhantar ke Cisarua, Bogor, Indonesia. Kedinginannya di waktu pagi. Kehijauan ladang tehnya yang melatari bukit di belakang kamar. Segalanya masih terasa. Dekat, segar dan mesra di mata.

Oh ya, mengapa Bogor? Mengapa ke Indonesia?

Sebetulnya, saya telah terpilih untuk mengikuti Bengkel Penulisan MASTERA ke-10 yang berlangsung mulai 31 Julai hingga 7 Ogos 2006 di Wisma Arga, Mulya, Bogor. Program penataran sastera peringkat Asia Tenggara (terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura) yang diadakan setiap tahun kali ini tiba ke giliran genre novel. Justeru, enam orang peserta yang terpilih tahun ini terdiri daripada Alias Ismail, Jaya Ramba, Salina Ibrahim, Amaruszati Noor Rahim, Marwati Wahab, dan saya sendiri.

Memang terasa agak kecil juga diri ini bila dibandingkan dengan teman-teman lain yang turut terpilih (ditambah saya diberitahu betapa saingannya agak sengit). Usia kepengarangan saya rasanya masih hijau benar (walaupun cerpen saya mulai tersiar di media pada 1994). Malah baru 3 buah novel yang berjaya dihasilkan. Sedang peserta-peserta lain secara puratanya sudah menghasilkan lima buah novel. Namun itu pastinya bukan alasan untuk saya melepaskan peluang 'menggali' dan berkongsi ilmu dengan penulis-penulis seangkatan dan yang lebih berpengalaman. Apatah lagi, sudah enam tahun saya tidak ke luar negara sejak pulang dari Jordan pada Februari 2000.

Tambahan pula peluang ke Bengkel MASTERA tidak datang selalu apalagi setiap tahun. Untuk genre novel, ia hadir lima tahun sekali. Kali terakhir 2001. Mungkin peluang seterusnya pada 2011 nanti. Kalau 2011 agaknya usiaku sudah berapa ya? Khabarnya, peserta yang dipilihnya lazimnya berusia bawah 35 tahun. Meskipun ada sedikit kontroversi yang berlaku beberapa minggu lalu berkenaan program ini, namun saya sudah memilih untuk pergi dan berkata pada diri saya: Peluang datang sesekali, jadi jangan lepaskan!

30 Julai 2006

Saya bertolak ke KL dengan kereta api petang Ahad jam 5 petang (terlewat setengah jam). Tiket bas di Segamat habis sebab hujung minggu dan pada esoknya negeri Johor bercuti sempena Hari Hol Almarhum. Namun tambang Sinaran Petang sebanyak RM21 yang dibayar agak berbaloi untuk perjalanan yang saya anggap selesa.

Tiba di KL Sentral jam 8.15 malam, saya mengambil teksi ke Hotel Mandarin Court, di sebelah Hotel Mirama berhampiran DBP. Cuma RM9. Dapat kamar di tingkat 16 berdepan Stadium Merdeka yang gelap gelita. Selepas mandi dan bersolat jamak, saya keluar makan dengan seorang teman karib penulis yang datang menjemput di depan hotel. Kami makan malam di Jalan Pahang Barat berdekatan pejabat Harakah. Sembang-sembang. Tidak puas di situ, kami sambung minum teh di Bangsar hingga jam 1.

Read more...

Jumaat, Ogos 11, 2006

JOM BOIKOT!

Read more...

Rabu, Ogos 09, 2006

Read more...

Selasa, Ogos 08, 2006

SESUDAH SEMINGGU


Banyak kisah dan kenangan yang terakam kemas dalam ingatan sepanjang seminggu di perantauan. Namun rasanya, biarlah saya mulai dengan foto ini.

Cuba teka, siapa gerangannya di sisi saya?

Read more...

Ahad, Julai 30, 2006

MINGGU LALU di MELAKA

Seminggu yang lalu, saya sempat menghadiri Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor anjuran Yayasan Warisan Johor yang berlangsung di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Memang agak meletihkan tetapi inilah antara kesempatan bertemu dan bertaaruf dengan beberapa teman penulis muda dan mapan yang hadir seperti Fahd Razy, Azman Ahmad, Nisah Haron, Amaruszati, Norzailina Nordin, Ruzaini Yahya, Dzul Karnain Ithnain, Abdul Latip Talib, Razali Endun, dan Shapiaai Md Ramly, (sekadar menyebut beberapa nama).

Sesi pembentangan kertas kerja berlangsung macam biasa. Kadangkala menarik, terselit juga detik hambar dan mendatar, namun keseluruhannya memuaskan.

Apapun, bagi saya yang paling menarik tentulah dengan kehadiran Sasterawan Negara Arena Wati. Inilah kali pertama saya bertemu Pak Arena. Beliau duduk sebaris dengan saya cuma diselangi satu kerusi. Sudah 81 malah datang berjemput, tetapi mindanya masih pantas mengingat dan mencerna maklumat. Seringkali juga Pak Arena bangkit memberi respons yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para peserta.

Read more...

Rabu, Julai 26, 2006

"YA OIC,
YA SUNNI, YA WAHABI, YA SYI'I,
YA MUSLIMUN
... tolong kami!!!"

Read more...

Isnin, Julai 24, 2006

13 JAHANAM di HOTEL SELESA
Hotel Selesa, JB yang 'tidak selesa' di hati umat Islam Johor,
pagi Sabtu lalu.
Klik di sini untuk melihat himpunan membantah forum
anjuran 13 Jahanam (Kumpulan Artikel 11).

Mereka yang bersekongkol menganggotai kumpulan 13 Jahanam ini adalah:
1. All Woman Action Society (AWAM)
2. Bar Council Malaysia
3. Catholic Lawyer Society
4. Interfaith Spiritual Fellowship
5. Malaysian Civil Liberties Society, Protem Committee (MCLS)
6. Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity,
Hinduism & Sikhism (MCCBCHS)
7. National Human Right Society (HAKAM)
8. Pure Life Society
9. Sister In Islam (SIS)
10. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
11. Vivekananda Youth Movement, Seremban
12. Woman's Aid Organisation (WAO)
13. Women's Development Collective (WDC)

Read more...

Khamis, Julai 20, 2006



Inilah HOLOCAOUST yang sebenar!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP