Selasa, Januari 17, 2006

AMR KHALED
Cukup tertarik apabila membaca Berita Harian Sabtu lalu yang menyebut Amr Khaled penceramah muda terkemuka Arab dan Islam melancarkan program realiti agama pertama berasaskan ibadat haji dalam usaha menarik minat ramai penduduk Islam menghayati ibadat berkenaan.

Ramai menganggap kemunculan program itu bertujuan mematahkan tumpuan terhadap satu lagi rancangan yang jauh berbeza dan mendapat sambutan hangat - Star Academy. Program realiti Star Academy itu mencetuskan kontroversi di dunia Arab dan dikecam hebat kerana dikatakan tidak bermoral kerana mengutarakan 16 peserta yang hidup dan tinggal bersama di sebuah villa, menyanyi, menari dan berlakon untuk mendapat kontrak penyanyi sebuah syarikat rakaman.

Rancangan realiti tv bertajuk Life Makers hasil Khaled itu disiarkan di stesen Arab ART, ke udara 24 jam sehari selama lima hari mulai Isnin lalu. Menerusinya, Amr beserta beberapa jemaah haji, memaparkan kehidupan seorang jemaah dan cara menunaikan ibadat haji.Program itu turut diselitkan kelas yang dikendalikan ulama terkemuka lain seperti Mufti Mesir, Ali Gomaa dan dari Yaman, Habib al-Jafri.“

Amr Khaled sebelum ini menerima penghargaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana kempen antimerokok.Dia yang dianggap suara paling berpengaruh di kalangan belia Islam sekarang, menghabiskan masanya di United Kingdom bagi menyelesaikan pengajian doktor falsafah dalam bidang teologi di Universiti Wales. Laman webnya, menerima kunjungan sebanyak 26 juta pelayar internet tahun lalu, jauh lebih tinggi daripada pengacara televisyen AS, Oprah Winfrey.

Sila klik http://amrkhaled.net untuk mengenali tampang pemuda Islam yang hebat itu. Atau bagi yang mempunyai Astro, boleh saja menatapnya di Saluran 5 - ART.

SEPI
Buat pertama kali sejak lebih tiga tahun bersama, saya keseorangan di Segamat. Icah menghadiri minggu orientasi KPLI j-Qaf di MPTI, JB mulai 16 Januari. Sementara Nil dan Irfan pula berada di rumah mak di Endau. Rumah yang lazimnya bising dengan suara gelak dan tangis anak-anak, kini sunyi. Walau dua minggu cuma, walid tetap merindui kamu semua!

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP