Selasa, Januari 03, 2006

Kullu ‘aam wa antum bikhayr.

Banyak sungguh respon dan e-mel yang saya terima sejurus profil saya dan siri terakhir Salju Sakinah tersiar minggu lepas. Terima kasih semua. Banyak yang mengucapkan tahniah dan bertanya bagaimana/di mana boleh didapati bukunya. Buat ke sekian kalinya, suka saya memberitahu: Salju Sakinah belum diterbitkan di mana-mana dalam bentuk buku. Saya sedang berikhtiar ke arah itu. Insya Allah, bila terbit nanti akan saya war-warkan di laman web ini.

Saya kembali ke sekolah. Kembali memikul tugas rasmi mendidik anak bangsa mempelajari bahasa syurga. Apa pun, tahun ini terasa jelas berbeza. Setelah beberapa hari menyudahkan Salju Sakinah, saya sesekali masih tenggelam dengan watak-watak yang saya bangunkan. Saya terasa ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu yang saya gulati sekian lama pergi tiba-tiba. Ada sesuatu yang saya mesrai setahun lamanya pupus tak semena-mena. Saya kini kehilangan.

Sedang membaca buku Tip-tip Cemerlang daripada al-Quran. Selain tulisan Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni seperti La Tahzan yang maha laris di Timur Tengah dan Indonesia, saya juga menyarankan teman-teman mencuba buku-buku karangan Dr. Danial Zainal Abidin.

1 komentar:

Tanpa Nama,  5:51 PTG  

Very cool design! Useful information. Go on!
»

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP