Ahad, Februari 19, 2006

Bermula dengan Wigan, seterusnya Arsenal. Dan akhirnya Red Devils menjadi mangsa ketiga Liverpool. Perlawanan pusingan kelima Piala FA semalam berakhir dengan kemenangan The Reds 1-0 mengatasi musuh tradisi yang semakin tumpul taringnya, Manchester United.

Lebih malang, pemain gantian MU, Alan Smith (yang terbaring dalam gambar. Kasihan!) patah kaki dan teralih buku lalinya pada minit terakhir perlawanan gara-gara terlalu berani menghalang sepakan percuma 'roket' John Arne Riise.

Ini kali pertama Liverpool menewaskan MU sejak 1921 (85 tahun) dalam saingan kalah mati tertua di dunia itu walaupun sering menguasai perlawanan antara kedua-duanya. Dan inilah juga kali pertama Rafael Benitez mengalahkan Alex Ferguson yang makin berusia dan ketandusan taktik. Gol kemenangan Pool semalam dijaringkan oleh Peter Crouch pada minit ke-19.

Walaupun membariskan bintang-bintang terkemuka dari kedua-dua pasukan, namun perlawanan berlangsung agak hambar. Tetapi perlawanan menentang MU tidaklah diisi dengan set-piece, hantaran jauh dan aksi-aksi sengaja menjatuhkan diri seperti mana yang dipraktikkan oleh Chelsea. Dan perlulah disebutkan, mutu rumput padang di Anfield nampaknya tidaklah seteruk padang di Stamford Bridge yang jelas merupakan perangkap Jose Mourinho untuk memusnahkan pasukan-pasukan yang bertandang ke Chelsea.

Selasa dan Rabu ini lebih mendebarkan dalam aksi Liga Juara-juara, Pool akan menentang Benfica di Portugal. Chelsea melawan Barcelona (lihatlah keburukan padang di Stamford Bridge!). Arsenal menerima kunjungan Real Madrid, AC Milan lawan Bayern Munich. Manchester United? Opps! Alex dan pemain-pemain MU menonton saja di TV sebab sudah tersingkir awal-awal lagi.

2 komentar:

Tanpa Nama,  6:35 PTG  

What a great site
» » »

Tanpa Nama,  3:13 PTG  

This is very interesting site...
»

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP