Rabu, Februari 01, 2006

Salam Maal Hijrah 1427H

Sekali lagi diujarkan 'kullu 'aam wa antum bikhayr'. Doa saya, moga kita sama-sama diberikan kehidupan yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah.

Saya menyambut Awal Muharram 1427 H di Endau. Jumaat lalu, sesudah mengambil zaujah di MPTI, JB, langsung kami 'berseronok' dan 'melepaskan rindu' masing-masing di kedai buku Badan Cemerlang di Plaza Angsana, Tampoi. Membeli buku, memang menjadi rutin kami setiap kali ke KL atau JB.

Antara yang saya beli ialah novel sulung Armie Zafran (Ahmad Zafran Abdul Mutalib) terbitan PTS One. Judulnya 40 Lukisan Hati. Ini tanda sokongan kepada kawan-kawan apatah lagi saya memang meyakini bakat unik Zafran (mantan MPR 1993) yang begitu lama menyimpan pena kreatifnya. Saya juga membeli buku Ibtasim (Tersenyumlah!) tulisan Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni untuk zaujah. Pustaka Jasmine saya lihat begitu teruja dengan sambutan terhadap La Tahzan (Jangan Bersedih) sebelum ini. Hampir 10 buah buku motivasi Islamik tulisan 'penulis sejuta pembaca' itu diterjemah dan diterbitkannya.

Lima hari di kampung, padat juga aktiviti. Setiap malam ada kenduri tahlil dan potong jambul. Sudah dua kali juga diminta membaca berzanji dalam majlis. Walaupun sudah lama tidak menyentuh naskhah karangan Jaafar al-Barzanji yang memuji Nabi, namun saya tidak menolak jika tiba-tiba 'terkena' giliran atau 'dihulurkan' oleh orang-orang tua. Insya Allah, jika rawi yang pertama, ketiga dan keempat, rasanya tiada masalah untuk 'dilayan' dengan lagu Rast atau Sikah. Tetapi, jika rawi kedua, berpeluh juga dibuatnya. Memang sukar.

1 komentar:

Tanpa Nama,  7:05 PTG  

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you!
» »

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP