Jumaat, Mac 10, 2006

Baru pulang dari Perkampungan Penulis Muda Johor Sekolah Menengah Johor di Air Papan, Mersing anjuran DBPWS dan JPNJ selama 3 hari (7-9 Mac). Saya demam. Selesema. Lebih pening bila melihat kerja melambak-lambak setelah kembali ke sekolah.

Seronok juga dapat berkampung tiga hari begitu. Dapat bertemu rakan-rakan penulis Johor. Cuma kali ini peranan guru pengiring merangkap fasilitator tidak dimaksimumkan. Jadi, kami banyak berehat sepanjang di sana. Makan, bersembang dan keluar bersiar-siar di Mersing. Namun nikmat istirahat itu terjejas apabila saya diserang demam.

Petang ini cuti bermula. Kami akan ke Batu Pahat dulu selama 4 hari sebelum ke Endau pula pada Rabu. Banyak projek bermain di kepala.

Sebelum terlupa, tahniah kepada Faisal Tehrani yang baru memasuki alam blog mulai 5 Mac lalu. Kepada peminat-peminat beliau boleh saja berkunjung ke
www.tehranifaisal.blogspot.com.

Selamat bercuti!

1 komentar:

Tanpa Nama,  3:23 PTG  

Excellent, love it!
» »

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP