Khamis, Mac 02, 2006

Hari Sukan dan Kenangan

Minggu yang sibuk. SMKAS mengadakan acara sukan tahunan pada minggu ini. Sukan Puteri pada Selasa, Rabu ada raptai, dan Hari Sukan Tahunannya pada Khamis. Aku masih menjalankan tugas yang sama sejak dulu - menguruskan PA System. Sejak zaman pelajar hinggalah menjadi pengajar, bab-bab siar raya memang diserahkan kepadaku.

Ingat lagi zaman aku, Bai dan Yazed dilantik menjadi AJK PA System ketika di Tingkatan 4 dan 5 (1993-94). Segala bentuk majlis rasmi, baik dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat kebangsaan pernah kami hadapi. Tatkala itu, Ustaz Yahaya Awang, guru penjaga dewan, memberikan kepercayaan penuh kepada kami bertiga. Dari bab pasang mikrofon dan amplifier, sehinggalah ke bab menangkap ular berbisa yang masuk rumahnya. Kami bertiga juga yang akan dipanggilnya.

Hari sukan zaman kami dulu, sering dikuasai oleh rumah sukan kami iaitu rumah Biru yang memiliki ramai atlit. Tahun ini, rumah Biru menang lagi buat kali kedua berturut-turut. Tapi aku sudah menjadi guru penasihat rumah Hijau. Rumah Hijau ni ramai atlit tetapi ahli-ahlinya kurang menyumbang mata dalam Sukantara.

Acara paling menarik tentulah acara pecut 100 meter. Masih ngat lagi zaman Yazed, Ije, Amir, Hishamuddin bersaing dalam acara tersebut. Selain itu, acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter juga menarik. Tapi tahun ini, acara paling menarik tentunya acara guru lelaki dalam berganti-ganti 4 x 75 meter. Guru-guru rumah Hijau yang menang!

Nota: Tahniah buat Nazmi dan Huda yang beroleh puteri sulung semalam!

1 komentar:

Tanpa Nama,  5:54 PTG  

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
» »

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP