Khamis, Mac 23, 2006

HILANG

Seminggu berlalu begitu deras. Cuti sudah berakhir.Namun, tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Demam saya berterusan. Diasak pula oleh selesema dan sengal-sengal di badan. Demam urat. Jarang saya demam tidak larat selama ini. Barangkali faktor usia yang makin bertambah. Ya, sakit itu kaffarah!

Sehari tiba di Endau, saya dikejutkan dengan panggilan telefon jiran kami di Segamat. Motosikal hilang. Mangga pintu pagar rumah kami dipotong dan motosikal Honda EX5 Class 1 saya dilarikan syaitan berambut hitam waktu tengah malam entah ke mana. Banyak kenangan dengan motosikal berflat WHL8234 itu yang saya beli tatkala mengambil Diploma Pendidikan di UIAM pada 2000.

Saya reda. Sudah bukan rezeki barangkali. Yang hilang akan berganti. Namun jauh di teras hati, sebagai insan biasa, saya tetap melaknat malaun perompak yang mengebas motosikal saya. Dan saya turut melaknat pemimpin-pemimpin ahmak jahil agama yang tidak mahu melaksanakan hukuman HUDUD di negara kita!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP