Rabu, April 26, 2006

BOHONG

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?""Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek."Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Antara kenyataan yang akan dianggap bohong selepas ini:

1. "Saya memahami semasa kita menaikkan harga minyak dulu kita dah kaji sampai akhir tahun (harga minyak) tidak akan dinaikkan lagi."

2. "Nampaknya kerajaan kena keluarkan belanja lebih daripada diharapkan untuk dijimatkan sebelum ini. Tapi kita sudah buat janji dan rakyat pegang kepada janji itu."

6 komentar:

Faisal Tehrani 10:10 PG  

Salam,
Hahaha, memang ramai pembohong!

zaidakhtar 5:12 PTG  

Faisal,
tutup komentar utk Gubra sudahlah. Tapi kau tutup semua. Habis pembaca tak boleh komen di blog kau lagi. Hehe.
;-))

Tanpa Nama,  3:46 PTG  

Tak de lah mana ada bohong kerajaan janji tidak akan naikkan hari sampai hujung tahun ni je! Bermakna jika berlaku kenaikan peringkat global kerajaan sudah commit akan menaggung segala implikasi yang ada.

Tidak akan ada kenaikan harga petrol pada tahun ini. Tahun depan jeng jeng jeng.... dia coverle what ever dia lost dalam jangka masa 8, 9 bulan ni. Bohong ke tu? Janji sampai ujung tahun nih je. Tahun depan cite lain. Explain sikit ana tak faham kat mana jatuh bohong tu.

So brader bawa bertenang istigfar banyak2 mentally preparelah for the worst ye... Ini nasihat warga JANM yg berkhidmat utk pejabat pelajaran daerah.

Lagi satu, cikgu2 jangan claim banyak2 dah keluar satu surat arahan pergi mesyuarat tapi siap tulis bawah tu "jabatan tidak akan menanggung segala perbelanjaan perjalanan tuan" Senyum lebo saya, kurang sikit keje.

Macam yang persatuanla tu.Tak semua, kalau nak sy bole fax, ustaz ngajo kat SMKA Segamatkan? Yazid bin ape ye?

Ini le pertama kali saya lihat surat serupa itu. Selalu dia tulis segala perbelanjaan adalah menurut pekeliling perbendaharaan bla bla bla dan boleh dituntut di pejabat masing2.

Hakikatnya kerajaan mensasarkan budget berimbang pada tahun 2008 setelah beberapa tahun defisit. Kerajaan pimpinan PM sekarang sangat serius menangani kes2 ketirisan wang kerajaan. Kita penjawat awam, perit.

Kawan2 kat putrajaya pun dah panas bontot nak cari kat mana tirisnya. Dengan tuduhan Little Napoleannya. Nak ku maki aje si duda berkedut seribu tuh.

Entahlah what ever it is belajo2 le bawak anak2 naik bas.

Nak sakit hati cam ne, majoriti suka hok yg tu. Kita yg kalah ini, banyak b'cara pun buat tambah sakit ati. Berzikir jela selawat banyak2. Dalam berzikir2 tu tak perasan eh dah sampai rumah, jalan kaki je sebab jenuh tunggu bas, bas tak mari.

Nak naik keretapi melaka tak de stesen. Tapi syukur gak sebab syarikat yg dapat tender baik pulih sistem rangkaian KTMB tu eeehh tak pernah dengarpun namanya, tetiba je muncul, eh ada kepakaran ke syarikat tu? Buatnya terbalik keretapi???

What to do?

yours
Mardhiah Bte Mohd Yusoff
ppd jasin

zaidakhtar 11:43 PTG  

kak mar,
sesekali bacalah harakahdaily.net atau siasah
jgnlah sebelah pihak saja.
barulah seimbang, ye tak?

Tanpa Nama,  9:20 PG  

HA HA HA KO NAK MAMPUS....

sy ni dalam perhatian tuan kaunselor tau. Tak berani tak berani akak nak bukak yg tu.

Periuk nasi beb, saya ni sebatang kara, kalu kena tindakan tatatertib sapa nak bagi makan!

Tuan kaunselor pandai tulis report tau, report dia ada magic, benda tak de boleh ada. Benda ada, bole tak de. Dia belajo dari Ghani Patail kot?

Mintak maaf le ustaz ye. Takut, takut mati tak makan. Senget sebelah pun tak pele, janji perut kenyang senang hati.

Tanpa Nama,  10:24 PG  

Keep up the good work
»

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP