Sabtu, April 29, 2006

INFO SASTERA

Johor Bahru - DBP Wilayah Selatan akan menganjurkan program Ceritera Bersama Karyawan Zaid Akhtar pada 6 Mei ini. Ia merupakan sebuah program berbentuk santai sastera yang diilhamkan oleh Unit Sastera DBP Wilayah Selatan pada setiap hari Sabtu bagi minggu pertama bermula Mac hingga September depan.

Sebanyak 6 siri program akan diadakan pada tahun ini melibatkan genre puisi, cerpen, novel, dan teater. Program yang diadakan ini akan mengundang karyawan sastera terutamanya karyawan muda negeri Johor dalam pelbagai genre sastera.

Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan apresiasi sastera melalui pengalaman karyawan sastera. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program yang bertempat di Balai Seminar DBP Wilayah Selatan terletak di Larkin Perdana pada pukul 9 pagi.
Sumber: KOSMO, Sabtu, 29 April 2006

MAYAT BARU DIKAFAN HIDUP SEMULA!

Alhamdulillah. Akhbar tulisan jawi Utusan Melayu Mingguan yang telah dikafankan, rupanya belum dikebumikan apalagi ditalqinkan. Kuburnya yang ditempatkan di Muzium Negara juga terpaksa dikambus semula. Saya percaya selagi Islam masih bernafas, selagi Bahasa Arab masih bernyawa, takkan tulisan JAWI hilang di dunia!

JARI HANTU DAN PUNGGUNG SIAPA DI SANGGANG DULU?

Masya Allah. Memang memalukan bila pemimpin yang buat begini. Akan tetapi, untuk mengapa kita mencemuh apalagi mengeluh, jika itulah pemimpin yang telah kita pangkah dalam Pilihanraya 2004 dulu. Moga MB kita ini insaf dan sedar betapa orang Pahang sopan santun akhlaknya seperti Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Paling tidak pun suka tersenyum, mesra artis dan mudah dirapati seperti Tengku Muda!

3 komentar:

Tanpa Nama,  2:55 PTG  

biar benar? betul ke. Hari tu baru nak beli sebab anak buah I melalak2 tak nak gi sekolah agama sebab tak tahu jawi. GUBRA satu family I tell you!!!

Berpeluhle kami cari, rupa dah stop. Iyelah nak biasakan dia tengok huruf jawikan, kalau tak kita orang tua baca, sapa pulak dia nak ikut contoh tak gitu?

Bila tu dia start? bagilah detail, semiggu berapa kali? hari apa?

About my nephew dia dah ok dah penakut je lebih. GUBRA!! cerita kelakar yang buat dia melalak-lalak tu, ustazah dia kata huruf jawi ada tujuh, my mom kata ada 5 dia tetap kata 7. Budak akan mati-mati kata cikgu dia juga betul!

Mak bilang2 ada 5, pening kepala bila dia dah melalak-lalak n tak nak gi sekolah sebab tak tahu yg lagi 2 tu.

Sampai call kat office. Nak tahu apa lagi dua huruf yg ditangiskannya bagai nak rak tu. Saya pun last baca dan tulis jawi masa secara intensif masa sekolah agama darjah khas, kerajaan Negeri Johor, rasa macam nak bengong2 juga.

"mak suruh dia buka buku jawi yg ada gambar jambu air tu, cuba kira balik... kat situ yg wau ada titik tu va, yg fa tiga titik tu pa" saya mengarahkan mak saya le pulak. Salah satu tanda nak kiamat.

Anyway alhamdulilah n thank you 4 the very222222 good news tu.

Tanpa Nama,  8:47 PTG  

Cool guestbook, interesting information... Keep it UP
» »

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP