Ahad, April 09, 2006

Lagi tentang Pesta Buku KL


Sudah seminggu pesta buku berlalu. Melihat buku-buku yang tersusun di rak, saya geleng kepala. Kesibukan sepanjang minggu lepas menghalang saya memesrai buku-buku yang baru dibeli Sabtu lalu di PWTC. Hari Rabu, saya membawa platun Kadet Bomba SMKAS bertanding kawad kaki peringkat daerah. Dan esoknya pula, menjadi hakim acara berzanji d Majlis Tilawah al-Quran 2006 peringkat daerah Segamat.

Barangkali ramai yang sudah membaca luahan rasa Nisah Haji Haron tentang dosa-dosa penerbit dan suasana di pesta buku. Kejengkelan memang ada terutama apabila melihat Rona Bosphorus tiada walau sebuah pun di gerai. Sabarlah hati sabarlah. Apa nak buat, dah nasib badan! Sepatah kata Nisah, nak buat macam mana jika penerbit sendiri tidak yakin dengan produk yang dikeluarkannya. Namun saya tetap gembira melihat ada yang masih sudi memiliki Sesegar Nailofar.

Selepas hampir 6 tahun, masih ada yang tercari-cari novel sulung itu. Malah ada juga yang sudi mengupasnya di blog mereka. Penulis ada pandangan peribadi tersendiri terhadap karyanya. Begitu juga pembaca. Dan ini pandangan salah seorang pembacanya.

Dari jam 2 hingga 5.30 petang, saya bersama Faisal Tehrani di booth Utusan yang kemudiannya disertai Salina Ibrahim, Ida Munira Abu Bakar dan Kak Zaleha Ahmat. Banyak yang dapat kami sembangkan sambil melayan pembaca yang datang membeli. Sempat juga saya berkenalan dengan Dinsman yang singgah sebentar berbual dengan kami. Malah beberapa teman seJordan yang sudah lama tidak saya temui sempat datang menegur.

Usai solat jamak, ronda-ronda sebentar hingga masuk Maghrib, sebelum menjamu selera di Rafflesia Chicken Hut, The Mall bersama isteri saya, Faisal dan Salina Ibrahim. Jam 9 suku malam, kami pulang dengan menaiki komuter dari Putra ke UKM.

7 komentar:

paiji,  9:20 PG  

test

paiji,  10:08 PG  

testing komen bung yazid

Tanpa Nama,  10:09 PG  

testing. komen

Faisal Tehrani 6:26 PTG  

salam,
Fuh selamat....

zaidakhtar 7:20 PTG  

muhawalah...
syukran ya muhandis paiji

salam.

Tanpa Nama,  4:30 PTG  

Saya belum berkesempatan membeli dan membaca Sesegar Nailofar..InsyaAllah saya akan mendapatkannya suatu hari nanti.Harap tidak sukar mencarinya seperti mencari karya Abg.Faisal&the gang, Koleksi Cerpen-cerpen Underground.Hingga detik ini belum nampak bayang kulitnya lagi...kuatkan semangat dalam berkarya mencari dan menghuraikan 'rahsia'..meminjam kata-kata Prof.Emeritus Shahnon Ahmad..."Hidup ini terlalu kaya dengan rahsia"..(dlm Lamunan Puitis:Sebuah Trilogi)..Good Luck Abg.Zaid

Tanpa Nama,  10:20 PTG  

Keep up the good work
»

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP