Khamis, April 20, 2006

VCD ATASI GODAAN SETAN
Bukan untuk membantu promosi tetapi sekadar untuk berkongsi maklumat bagi manfaat bersama.

Baru-baru ini, di Pesta Buku KL, isteri saya membeli VCD berjudul Ahmad & Fatimah : Atasi Godaan Syaitan Melalui Doa. Ia asalnya produk negara seberang tetapi telah dialihsuara dan diterbitkan oleh Saba Islamic Media.

VCD ini sarat manfaat. Isinya padat dengan pengajaran dan sangat sesuai untuk anak-anak kecil. Konsep yang dibawanya juga mudah. Amalan doa yang menjadi sunnah dipraktikkan dalam kehidupan kanak-kanak bermula dari dia bangkit tidur pada waktu Subuh hinggalah dia kembali ke katilnya untuk tidur semula. Jalan ceritanya juga menarik. Malah adegan dua ekor syaitan berterbangan menggoda kanak-kanak (sambil sesekali duduk di birai mata) agar liat bangun Subuh dipaparkan dengan berkesan.

Ia bagi saya produk yang cukup baik. Sangat bijak sekiranya dimiliki untuk mentarbiah anak-anak yang masih rebung dan lembut ubun-ubunnya. Insya Allah, kita akan tersenyum melihat hasilnya. Anak-anak kita seawal 3 tahun akan lekas menghafaz dan membaca doa tatkala mahu masuk dan keluar tandas, berhadapan dengan cermin, tatkala makan minum dan banyak lagi situasi lain.

Bahkan yang lebih mendamaikan jiwa, mereka pula yang sering mengingatkan kita!

5 komentar:

akirasuri 10:41 PTG  

bagus utk dibeli utk anak sedara saya ni...

nai 12:03 PG  

ya

memang amat bagus utk tarbiyah anak kecil yang lembut jiwa, tulus nubarinya..

a very intersting software indeed..saba media memang bijak menerbitkan production yg byk menguntungkan Islam

zaidakhtar 12:39 PTG  

bagi yg bujang takde anak lagi, elok juga beli sbg hadiah.

Tanpa Nama,  3:22 PTG  

Excellent, love it!
»

Tanpa Nama,  12:10 PG  

What a great site
» »

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP