Rabu, Mei 03, 2006

ANAK KECIL DAN LELAKI TUA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Membaca Mingguan Malaysia Ahad lalu, tertarik dengan kepintaran seorang kanak-kanak Mexico berusia 6 tahun yang dijemput berceramah di universiti. Budak itu khabarnya pakar dalam perubatan. Apa khabar agaknya Adi Putra? Dalam menangani kanak-kanak indigo, sudah bersediakah kita? Atau kita sekadar sibuk menambah mata pelajaran ke dalam kurikulum setiap tahun?

2 komentar:

Tanpa Nama,  4:26 PTG  

I don't think that we are ready...

Sepanjang ayah jadi cikgu, ada 4 anak murid yg gitu-gitulah, sorang aje yg ok lain ko, sorang itu bunuh diri.

Mardhiah Mohd Yusoff

Amir Azmi 4:56 PG  

Untuk bercerita tentang pendidikan, kita tak boleh berbicara berdasarkan contoh-contoh terpencil.

Dan dari contoh-contoh terpencil, kita tidak boleh buat satu kesimpulan yang beremosi.

Cara yang terbaik sekali, sekiranya kita melihat itu sesuatu yang sangat penting, sangat berharga.. Kita seharusnya matang dalam memberi pendapat yang membina dari menafikan atau memburuk-burukkan sistem pendidikan hari ini.

Bukankah kita juga belajar dari guru yang sama dari sistem yang sama!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP