Jumaat, Mei 19, 2006


Bertudung tapi Berjoget?
Satu lagi kejutan Akademi Fantasia(4) apabila menampilkan buat pertama kali peserta bertudung, Nor Salima Habibi. Tetapi inilah ciri-ciri yang perlu dalam menyahut seruan Islam Hadhari. Kesimpulan yang dapat dibuat setakat ini:

1. Salima sengaja melemparkan dirinya ke arah maksiat/bala. Dah tahu dunia hiburan penuh fitnah, siapa suruh masuk tempat yang banyak fitnah?
2. Sengaja membiarkan dirinya disentuh (mungkin dipeluk) peserta laki-laki. Mawi yang dikategorikan alim itu pun tak terlepas, inikan pula anak dara baru lepas SPM. Bila menyanyi lagu 'Menuju Puncak' di puncak rancangan sudah pasti 'terpaksa' berpeluk sana sini, terlompat-lompat, terkinja-kinja seperti kera dapat cili. Aduhai, sangat memalukan bila dilakukan oleh wanita bertudung.
3. Sengaja (mungkin bangga) membiarkan aksi dirinya yang tergedik-gedik tanpa rasa malu di atas pentas dan di dalam akademi ditonton jutaan manusia.

Alahai Salima....Keindahan wajah dan kelunakan suara sewajarnya hanya untuk sang suami. Bukan untuk diAFUNDI!

Buta Budaya.
Penggunaan istilah asing bagi menamakan jalan dan tempat di Putrajaya seolah-olah dicipta oleh golongan yang ‘buta budaya’ yang terlalu mengagungkan budaya asing, kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia, Dato' Hassan Ahmad yang juga bekas Ketua Pengarah DBP.

Holocaust satu pendustaan Yahudi?
Persoalan ini ditimbulkan oleh Presiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah. Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Adolf Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?

8 komentar:

annyss 10:50 PTG  

Dulu-dulu, tudung itu pelindung aurat dan penjaga tatasusila muslimah. Sekarang, tudung tu kalau setakat ala-ala dara.com - sekadar fesyen je.

zaidakhtar 8:10 PG  

Kalau dah mak paknya dah memang bangga (anaknya menjadi artis terlompat-lompat dlm bertudung begitu) dan sgt menyokong, tak dapatlah kita nak tolong.

acap,  12:39 PG  

Bertudung tapi nampak lengan dan buah-buahan pun tak jadi juga.

Tanpa Nama,  6:09 PTG  

Kapitalis, kapitalis, kapitalis, suka atau tidak kita terpaksa akui ramai orang kita sanggup buat apa aje demi wang dan nama. Hadiah tahun ini lumayan gile you!

hayatazzahra,  5:38 PG  

is holocaust just a hoax?? pernah juga terbaca artikel2 menyatakan ia tidak lebih dari propaganda yahudi utk melobi sokongan Barat utk tubuhkan 'Israel Raya'. Harap2 lepas keluarnya kenyataan Ahmadinejad lebih ramai org Islam akan tergerak mengetahui sejauh mana kebenarannya.
'SEEK TO UNDERSTAND, THEN UNDERSTOOD IT'

zaidakhtar 11:16 PG  

holocaust mungkin strategi Yahudi untuk 'menghalalkan' mereka menjarah Palestin.

sama macam WTC 11 Sept 2001 yg dijadikan titik tolak Yahudi/Barat memerangi Islam (yg dianggap sbg terroris).

nai 1:42 PTG  

Ah! Dunia ini memang sudah kering dengan cinta pada Allah. Atas dasar apakah mereka menghalalkan apa jua tindakan mereka.

Ketika Karl Max mengatakan puak Zionist tidak akan melupakan usaha merekamenghancurkan Islam, dan ditumpukan untuk hiburan bagi pemuda-pemudi Islam...

Kita pula terkial-kial ibarat manusia kelaparan menjilat semua jenis hiburan yg diberi..

Umpama tiada lagi kerjaya yang boleh dimiliki, ibarat tiada petunjuk yang telah terbukti, ibarat sehelai tudung itu umpama kertas penghias kulit.

Mengapa kita masih jahil belajar dari sejarah

Dan mengapa juga kita bisa menidakan hukum Allah yg telah terpatri?

Kita memang pandai mencipta alasan.

Kadang-kadang terasa mahu ketawa, kadang-kadang mahu menangis pula..

Entahlah! segalanya kalut, ribut bila dustur Allah, menjadi hiasan di rak-rak buku.

ma 3:04 PTG  

http://signs-of-the-times.org/signs/Stranger_Than_Fiction.php

Belum pernah baca. Tapi seorang junior yang sudah membacanya bersungguh-sungguh mempromosi keppada kami...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP