Selasa, Mei 23, 2006

Dua hadis untuk renungan

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda “Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan darimanakah ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram”

Daripada Anas bin Malik ra berkata; “Akan aku ceritakan kpd kamu sebuah hadis yang tiada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; "Di antara tanda-tanda kiamat ialah sedikit ilmu,banyak kejahilan,berlaku banyak perzinaan,ramai kaum wanita dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan limapuluh orang perempuan"

'Sedikit ilmu, banyak kejahilan' akan semakin ketara apabila para ulama dimatikan. Mungkin kita tidak berapa kenal siapa ulama pewaris para Nabi berbanding artis penyemai maksiat. Justeru, mungkin kita boleh ke paparan yang disediakan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ini untuk mengenali siapa ulama kita yang masih hidup dan yang sudah meninggalkan alam yang semakin tiba di penghujung..

7 komentar:

nai 1:49 PTG  

Ini adalah contoh yg paling kita banggakan..

Sila beri tepukan kepada bekas Qari,pandai berzanji, berqasidah dan sebagainya...Mari kita lahirkan lagi pemuda yang boleh menjadi Role model pd generasi kita yang ketandusan contoh pada remaja

biskutmarie 9:19 PTG  

Aduhai lelaki misteri...

Aduhai lelaki misteri,
namamu kian bersemi,
di dalam lubuk hati,
bermain dalam mimpi,
anak gadis dan juga isteri,
yang telah di dayusi,
oleh sang suami,
yang membiarkan tivi,
menguasai diri,
supaya kekal dalam fantasi,
biarpun iman bagaikan biji sawi,
masih terkinja-kinja nak jadi penyanyi,

mereka suka M%@i,
saya suka biskut marie:)

Zaid Akhtar 6:38 PTG  

nai,
ramai org akan kata "biarlah, dah rezeki dia." sdgkan, rezeki yg halal datang drpd amal yg halal.

biskutmarie,
dah tak ada yg misteri pada zaman CCTV. semua org tahu halal haram. cuma tepuklah dada, tanyalah IMAN!

nai,  8:51 PTG  

begitulah ust..
benarlah itu

bila libang libu iman dan maksiat...mana mungkin dua cinta berkumpul di dalam satu hati?

" InnAllah Toyyib La Yaqbilu Illa Toyyib."

Khazinatul_asrar 11:51 PG  

benar!!suatu ketika dulu ana minat AF ni tp alhamdulillah dah diberi kesedaran skrg.skrg ana mula ANTI-AF!!knape AF ni perlu diteruskan lagi?skrg ada lagi yg nak ikut jejak "lelaki misteri" tu...nak jd perempuan misteri mungkin.tp sbnrnye ni la cara Yahudi nak hapuskan Islam,wahai remaja di luar sana,sedarlah!!!Allahuakbar!!

Tanpa Nama,  12:46 PG  

Wonderful and informative web site.I used information from that site its great.
» »

Tanpa Nama,  11:24 PG  

What a great site
» »

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP