Khamis, Mei 25, 2006

PERTEMUAN PENULIS JOHOR - PAHANG KE-2

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (JKKW) Negeri Pahang
akan menganjurkan
Pertemuan Penulis Johor - Pahang Ke-2
pada :
Tarikh : 10 -11 Jun 2006 (Sabtu - Ahad)
Tempat : 1- Kediaman Rasmi Y.A.B. Menteri Besar Pahang, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang. (Majlis Perasmian pada 10 Jun 2006 pukul 8.00 malam - 10.30 malam)
2- Auditorium Taman Budaya Negeri Pahang, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang.
(Sesi pembentangan kertas kerja pada 11 Jun 2006 pukul 8.30 pagi - 12.00 tengah hari)
Menteri Besar Pahang. Y.A.B. Menteri Besar Pahang juga akan melancarkan sebuah buku berjudul ‘Potret’ yang merupakan antologi puisi penulis Johor - Pahang. Selain itu, Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ Ismail Hussein, Ketua 1 GAPENA akan menyampaikan ucap utama dalam majlis perasmian tersebut.

Pertemuan ini merupakan salah satu usaha untuk membincangkan topik berkenaan pemerkasaan sastera dan bahasa. Dalam konteks genre sastera, para pembentang kertas kerja yang terdiri daripada ahli DPMP dan PPJ serta pegawai DBP akan memperkatakan tentang sastera tradisi yang melibatkan negeri Johor dan Pahang.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,
sila hubungi Rusdi Abd. Rahman dan Mohd. Rizal Mohd. Ali, DBP Wilayah Selatan
(no. tel.: 07 - 235 8802 / 07 - 236 8282 , no. faks.:07-2358686).

2 komentar:

Tanpa Nama,  9:48 PG  

cikgu zaid,
sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih atas jasa baik cikgu memaklumkan program ini dalam blog.
jasa cikgu amat dihargai.
terima kasih.

rar/dbpws

zaidakhtar 1:09 PTG  

no problem, encik rusdi.
sayangnya saya tak dpt menyertai. ada keuzuran pd tarikh tersebut.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP