Selasa, Mei 16, 2006


Sekitar CERITERA BERSAMA KARYAWAN SASTERA di Johor Bahru

Mungkin paparan ini terlambat lebih seminggu. Namun saya sangat berbesar hati untuk
memerihalkan program Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 3/06 yang saya hadiri pada Sabtu, 6 Mei lalu di blog ini.

Tahniah dan terima kasih kepada pihak DBP Wilayah Selatan yang menganjurkannya dan sudi mengundang saya - terutama sekali kepada Encik Rusdi Abdul Rahman, pegawai Unit Sastera DBPWS yang begitu bertungkus-lumus menjayakannya. Saya difahamkan publisiti@ info@ iklan untuk program 'santai sastera' ini turut disiarkan di beberapa akhbar termasuk Kosmo! dan Bacaria.

Kehadiran saya kira cukup memuaskan. Kerusi penuh. Sewaktu menghadiri program Diskusi Karya di Sudut Penulis DBPKL rasanya tidak seramai ini. Ramai juga rupanya peminat-peminat sastera di Johor Bahru, saya fikir.
Malah ada sekumpulan pelajar yang diundang khas dari Sekolah Tun Fatimah bersama guru-guru pengiringnya. Mereka baru di Tingkatan 2, tetapi dengan publisiti yang cukup, masing-masing datang dan memberi tumpuan penuh ketika program 90 minit itu berlangsung. Kesemua 30 naskhah Sesegar Nailofar+Rona Bosphorus yang saya bawa pagi itu habis disambar adik-adik yang barangkali baru pertama kali mendengar judulnya dan bertaaruf dengan saya. Terima kasih juga kepada Kak Hasrina Baharum, pegawai Unit Bahasa yang sudi membantu kala itu.

Kehadiran penulis lain juga saya kira mengejutkan. Selain WB Rendra, Tok Rimau dan Ria Asmira dari Johor Bahru, Sdr Shapiaai Hj Ramly sanggup datang dari Batu Pahat bersama isterinya, malah Haji Aziz Mohamad yang memimpin persatuan peminat-peminat bahasa di Muar turut hadir untuk mendengar luahan pengalaman kreatif saya yang tidak seberapa. Bercakap di depan teman-teman penulis -terutama yang sudah mapan- tentulah membibitkan rasa sedikit kurang selesa. Apatah lagi ia dipengerusikan oleh penulis mapan Johor, Haji Khairy Haji Halimi yang sudah memiliki enam buah novel dan pastinya jauh lebih berpengalaman.

Sebelum pulang, satu perkataan bermain di kepala saya. PUBLISITI! Sastera memerlukan publisiti!

Memo: Tulisan berkenaan program ini juga boleh dibaca di blog salah seorang staf DBP sendiri.
Gambar kanan: Bersama Bukunota (kiri) dan Tok Rimau

4 komentar:

Tanpa Nama,  8:22 PG  

CIKGU ZAID,
TERIMA KASIH ATAS BERITA PROGRAM INI. SAYA RANCANG PROGRAM INI UNTUK 6-7 SIRI PADA TAHUN INI. JIKA ADA KESEMPATAN LAIN, SUDILAH DATANG UTK SESI KARYWAN LAIN PULA. INSYAALLAH...IKU PERANCANGAN AKAN DATANG NAZIM SUBARI DAN MOHD KASIM MAHMUD.
TENTANG 'PUBLISITI'..., ITULAH YG AMAT SAYA TEKANKAN, SAYA BERUSAHA SEDAYA MUNGKIN APA2 JUA SALURAN YG ADA, APA2PUN ITU TERSERAH KEPADA MASYARAKAT DI LUAR. BERDASARKAN PUBLISITI YG DIGERAKKAN BAGI PROGRAM SASTERA SETAKAT INI ALHAMDULLILLAH SAMBUTAN PEMINAT SASTERA DI JOHOR SEMAKIN MENINGKAT TIDAK KIRA PROGRAM ILMIAH ATAU SEPARA ILMIAH SEPERTI CERITERA, BENGKEL DAN TEATER MONOLOG.

TERUSKAN KOMITED BERKARYA CIKGU ZAID.

RAR/DBPWS

Umar Faruqi 11:24 PG  

Assalamualaikum... boleh belajo menulis dengan cikgu... saya budak baru belajo..

zaid 1:58 PTG  

En. Rusdi,
terima kasih dan tahniah sekali lagi.

Abi Umar,
saya pun sdg belajar.
;-)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP