Selasa, Jun 13, 2006

Beberapa petikan dalam kunjungan ke blog2 menarik

Blog Presiden
"Apabila Hamas menerima sumbangan dari beberapa buah kumpulan Islam yang lain, maka dapatlah mereka menjalankan kerja-kerja bagi menarik sokongan kepada perjuangan mereka, walaupun tidak sama jumlahnya dengan apa yang diperolehi oleh FATAH.

Bezanya ialah, walaupun FATAH mempunyai sumbangan yang banyak, tetapi wang tersebut telah diselewengkan sesama sendiri, dengan mereka melaksanakan projek yang boleh mengenyangkan perut mereka sendiri.

Sebaliknya, Hamas telah melaksanakan projek kebajikan. Dengan sumber kewangan yang sedikit itu, mereka telah mendirikan hospital, sekolah, pusat didikan kanak-kanak, mendirikan rumah anak-anak yatim, memberi bantuan kepada para janda yang suami mereka syahid di dalam peperangan, memberi bantuan kepada isteri-isteri yang suami mereka ditahan dan ditangkap dan berbagai-bagai kerja-kerja kebajikan yang lain.

Kerja-kerja yang telah mereka laksanakan itu telah berjaya menarik rakyat Palestin untuk menyokong mereka. Apabila pilihanraya diadakan, Hamas telah menggunakan strategi serampang dua mata, dimana sebahagian dari mereka meneruskan Jihad menentang Israel, manakala sebahagian yang lain menyertai pilihanraya."

Diari Seorang Mujahid
Saya tersenyum membaca kandungan mesej tersebut : "Ustaz ! bangun ... Portugal akan kembali menjajah Angola ! Saksikan Kehebatan Christiano Ronaldo dan Luis Figo meluaskan wilayah jajahannya."

Saya tidak kenal siapa penghantarnya , tetapi saya yakin ini sms dari kawan - kawan yang hanya mengusik saya . Saya lihat jam di tangan menunjukkan pukul 3 pagi.

Saya kepenatan , lalu terlena kembali . Tiba - tiba sekali lagi saya dikejutkan oleh bunyi siren yang nyaring dari handphone saya . Sms lagi !

Saya bangun dan membacanya , : "Ustaz ! Bangun Tahajjud , 15 minit lagi sambung separuh masa kedua , Portugal vs Angola

Blog Ketua Pemuda Islam Johor
Menurut Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria sewaktu ditemui baru-baru ini, berkata bahawa masyarakat umat Islam dan orang Melayu seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola.

"Pada 1967, Sinai jatuh ke tangan Israel kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola!" katanya. Beliau menyatakan bahawa 'kegilaan terhadap bola' adalah salah satu penyebab Tanah Arab jatuh ke tangan penjajah dan perkara ini juga tidak mustahil berlaku kepada negara ini.

Ulasan Ketua Pemuda Islam Johor:
Bila saya membaca berita ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan teman-teman semua supaya tidak terleka dengan pertandingan bola sepak dunia yang sedang berlangsung sekarang ini.

Saya juga peminat sukan ini terutama World Cup yang berlangsung ketika ini tetapi kita juga perlu ingat bahawa musuh Islam tidak sesaat pun berhenti merencana dan merancang bagaimana untuk menjatuhkan dan merosakkan Islam.

Blog Pemuda Islam Kawasan Sekijang
Maka apa lagi yang boleh diharapkan dari sebuah organisasi itu jika ianya berketuakan seorang yang pengecut dan bacul. Jika membentengi diri sendiri dari segala tuduhan pun dia tidak berkemampuan maka bagaimana dia hendak membentengi kepentingan orang lain ? Aduhai...!

Benar pengecut dan bacul adalah perkataan yang keterlaluan, tapi soalnya jika hendak menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada diri sendiri pun ditunjukkan kepada orang lain untuk menjawabnya maka adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bagi merujuk kepada orang sedemikian rupa kelakunya selain daripada perkataan tersebut

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP