Rabu, Jun 28, 2006



BENGKEL PENULISAN ONLINE

Barangkali saya terlambat memberitahu atau ramai yang sudah tahu.
Untuk makluman semua, saya telah menyertai ukhwah.com mulai 5 Dis 2005. Seronok sungguh di sana. Apatah lagi, memandangkan portal tersebut antara komuniti forum maya terbesar di Malaysia
dengan keahlian menghampiri 25 ribu.
Banyak manfaatnya yang saya himpun tanpa sedar.

Tanpa disangka, rupanya kehadiran saya yang baru beberapa bulan di sana disedari oleh "penguasa-penguasa" portal terbabit yg akhirnya bersepakat mempelawa saya utk mengendali bengkel penulisan kreatif secara online. Saya pada awalnya agak berat untuk menerima peaan tersebut, namun lekas pula menyedari betapa inilah salah satu wadah yang sangat baik untuk menyuburkan iklim penulisan karya kreatif bernafas Islami di Malaysia. Lantas komuniti mini ini telah mula beroperasi sejak lebih tiga bulan yang lalu iaitu pada 11 Mac 2006.

Terima kasih sekali lagi saya rakamkan buat Saudara Razzi Armansur (Kang) yang sudi mengundang saya malah membiarkan saya 'menumpang' ruang ukhwah.com dalam pada melebarkan sayap dakwah dan ukhuwah Islamiyyah selain berkongsi sedikit ilmu dalam penulisan - terutama dalam genre cerpen dan novel. Kesediaan pihak pentadbir ukhwah.com membenarkan saya bebas mengendali komuniti online ini - tanpa terlebih dahulu mengambil sedikit masa untuk mengenali latar belakang saya - cukup untuk membibitkan rasa terharu saya.

Rasanya pengumuman ini masih belum terlambat (meskipun saya sudah sekian lama meletakkan pautannya di sebelah kanan blog ini). Justeru, saya mengundang anda semua ke sana. Selain di blog peribadi, anda boleh siarkan karya anda di komuniti tersebut. Jika selama ini, barangkali tiada siapa yang sudi menyentuh/mengulas karya anda, tetapi di bengkel penulisan online ini, insya Allah, karya-karya akan diulas oleh para penulis muda yang menjadi warganya, yang sama-sama memeriahkannya.

Akhir kata, selamat datang ke

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP