Jumaat, Jun 16, 2006

CERITERA BERSAMA KARYAWAN SASTERA SIRI 5/2006
Program “Ceritera Bersama Karyawan Sastera” merupakan sebuah program berbentuk ‘santai sastera’ yang diilhamkan untuk diadakan oleh Unit Sastera DBP Wilayah Selatan pada setiap hari Sabtu minggu pertama bermula Mac hingga September 2006. Sebanyak 6 siri program ini akan diadakan pada tahun ini yang melibatkan genre puisi, cerpen, novel dan teater.

Untuk program siri kelima ini, DBP Wilayah Selatan akan mengundang
Nazim Mohd. Subari
yang merupakan seorang karyawan muda Johor yang giat dalam
bidang penulisan puisi serta cerpen di peringkat negeri Johor dan kebangsaan.
Karya puisi beliau sering mendapat tempat dalam media arus perdana termasuk penulisan karya cerpen. Beliau merupakan seorang guru sekolah yang mengajar jauh di pedalaman Endau, Mersing ini pernah meraih beberapa hadiah atau anugerah sastera antaranya termasuklah Hadiah Sastera Darul Takzim.

Dalam program yang diadakan sejak siri pertama hingga keempat telah menampilkan karyawan muda sastera iaitu Azhar Salleh (Genre Puisi) - 4 Mac, W.B. Rendra (Genre Cerpen) - 2 April, Zaid Akhtar (Genre Novel) - 6 Mei dan Affix Zulkarnaen Adam (Genre Teater) - 3 Jun.

Program ini akan diadakan pada tarikh, masa dan di tempat berikut:

Tarikh: 1 Julai 2006 (Sabtu)
Pukul : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat: Balai Seminar DBP Wilayah Selatan,
Larkin Perdana, Johor Bahru.

Masyarakat awam dijemput menghadiri program tersebut di atas.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Rusdi Abd. Rahman (07-235 8802) / Mohd. Rizal Mohd. Ali (07-236 8282)

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP