Isnin, Jun 05, 2006

DISNEYLAND di JOHOR?
Memang tidak dijangka dalam kemelut masalah gejala sosial, hiburan terlampau dan masalah penagihan dadah khususnya yang melibatkan belia pada hari ini, kerajaan Malaysia berhasrat pula untuk membina sebuah taman tema Disneyland di Johor.

The STAR online pada 30 Mei 2006 telah menyiarkan bahawa Malaysia sedang mengadakan perbincangan terperinci dengan pengendali Tokyo Disneyland bagi pembinaan taman tema berkenaan di Johor.Jika pembinaan di bandar baru Nusajaya yang seluas 9,645 hektar yang terletak di Pembangunan Koridor Selatan tersebut direalisasikan, bermakna Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai taman tema itu (Malaysia Boleh!).

Turut dilaporkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 960 hektar dengan cadangan pelaburan sebanyak RM2 bilion dan dijangka mampu menyediakan 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.Pada hari yang Bernama.Com sebagai contohnya melaporkan bahawa kerajaan kini mencari pilihan terbaik serta meninjau peluang-peluang untuk membina taman tema seperti "Disneyland" di Johor. Ianya disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.

Perkara ini telah disahkan pada hari yang sama (Bernama.Com) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan pertemuan dengan kumpulan yang berminat melabur dalam projek taman tema Disneyland di Johor. Beliau menyatakan bahawa perbincangan secara terpeinci dengan pihak Disney masih belum dilaksanakan tetapi ada kumpulan yang menunjukkan minat untuk membawa Disneyland ke Malaysia.

Namun pada 31 Mei 2006, Datuk Seri Effendi Norwawi hari Rabu menafikan pula bahawa kerajaan akan membawa Disneyland ke Malaysia walaupun Perdana Menteri Malaysia telah memperakuinya.Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula dilihat menyokong pembinaan Disneyland ini di Johor dengan menjangkakan bahawa tidak menolak kemungkinan taman tema Disneyland yang dilaporkan dicadangkan pembinaannya di Nusajaya akan berkonsepkan tropika, berbeza dengan taman tema Disneyland di Florida dan Hong Kong. (Utusan Malaysia, 1 Jun 1006)

Firman Allah ;“Kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan berseronok dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami hal ini?”Al-An’am:32

Agak pelik rasanya, semakin kuat hasrat kerajaan untuk melaksanakan Islam Hadhari semakin bercelaru hala tuju negara. Kerajaan sanggup menggadaikan masa depan anak-anak muda dan agama Islam semata-mata untuk membuka ruang pekerjaan kepada 20 ribu rakyat Malaysia. Sekiranya kerajaan masih berterusan dengan hasrat ini maka semakin jauh umat Islam daripada agama.

(Dipetik dari laman web Sdr Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil)

1 komentar:

lutfi 5:51 PTG  

as;kum. zaid nak minta tolong. boleh tolong paparkan di blog ni ttg pengumuman di bawah. terima kasih; untuk pengetahuan, PENA dan DBP dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan dan PEN (persatuan penulis negeri sembilan) akan menganjurkan Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional 2006 pada 04-06 ogos 2006 di port dickson. penyertaan dibuka kepada semua. bayaran pendaftaran adalah sebanyak rm 30. sementara itu, sempena seminar itu, pihak penganjur juga akan menerbitkan sebuah antologi puisi yang bertemakan 'Perjuangan Bahasa Melayu'. para penulis yang ingin mengirimkan puisi bagi antologi tersebut bolehlah mengirimkan ke emel pena@streamyx.com atau juga boleh terus ke emel saya; lutfi_ishak@yahoo.com. sebarang pertanyaan sila hubungi03-21425824.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP