Ahad, Julai 02, 2006

BINTANG-BINTANG MUSLIM di JERMAN 2006

Bintang Piala Dunia Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat kepercayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperkatakannya dikhalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.

Pemain tengah dan sayap Olympique Marseille itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam, biarpun isterinya berasal dari Maghribi memainkan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengan media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain untuk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya paparazzi tidak menggangunya.

Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau didalam pedang permainan,” katanya. “Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier, justeru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya saya menemui Islam”

Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah L’Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille.

Menurut satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun dinegara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.

Kapten Zinedine Zidane atau “Zainuddin Yazid Zaidan” juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.

Baca lebih lanjut di sini!

3 komentar:

blackpurple 8:18 PTG  

Walaupun saya tidak mengemari corak permainan Prancis tapi saya mengemari Zidane...

zaidakhtar 3:05 PG  

saya pun.
Zidane mmg ada skilnya yang tersendiri. terutama sekali "turning"nya yang sukar ditiru pemain lain.

Tanpa Nama,  3:28 PTG  

sy mendengar ceramah agama yg mengatakan permainan bola adalah berasal daripada peristiwa sedih di mana cucu junjungan nabi kita,iaitu Sayyidina Hussin dibunuh di mana kepalanya disepak oleh kaum Yahudi.Mengapa perkara ini tidak diperhebahkan agar menjadi kesedaran kepada umat Islam tentang tipu daya kaum Yahudi itu...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP