Rabu, Julai 12, 2006

Drama bersiri Gol & Gincu Hina Islam?

Siri drama bersiri Gol & Gincu yang disiarkan oleh TV8 pada 9/07/2006 menghina umat Islam. Dalam siri tersebut terdapat plot cerita dimana seorang pelajar perempuan bertudung dan seorang pelajar lelaki berkopiah telah membuat fitnah kepada seorang pelajar lain dengan membuat perancangan menuduh pelajar tersebut terlibat dengan aktiviti 'lesbian'. Adegan dalam drama juga menunjukkan kedua-duanya seperti berkhalwat

Baca lanjut.

Memo: Selepas Cinta Madinah, tidak adakah penerbit-penerbit yang berminat mengadaptasi novel-novel Islamik?

Baik Punya IDEA!

Idea 'bernas' Menteri Pelancongan, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengurangkan cukai arak bagi meningkatkan industri pelancongan seolah-olah ingin menjadikan Malaysia sebagai 'syurga arak' kepada pelancong asing termasuklah kepada rakyat tempatan.

Selain itu, ramai di kalangan artis seperti, Dato' Yusuf Haslam, Umie Aida, Raja Farah Raja Aziz yang dilaporkan membantah cadangan tersebut dan menganggapnya sebagai tidak wajar kerana boleh menyumbangkan kepada gejala sosial yang lebih buruk.

Baca terus.

Memo: Bukan yang minum saja kena azab Allah, Dato' Seri woiii, yang kurangkan cukai pun masuk dalam senarai.

4 komentar:

kingbinjai,  8:50 PG  

sepet dangubra juga menghina islam. Ah! banyak lagi cerita yang menghina islam

ummuwijdan 4:08 PTG  

Islam akan kembali dagang

nai 4:06 PTG  

Gol dan Gincu benar2 harus ditiadakan sht..the way they presenting it..sangat tidak sesuait..tidak cukup kainkah?

Zaid Akhtar 8:11 PTG  

nai,
kainnya cukup. malah mampu membeli yg labuh-labuh dan tebal-tebal.

cuma sengaja mau menunjuk-nunjuk auratnya yg jelek di sisi agama.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP