Ahad, Julai 30, 2006

MINGGU LALU di MELAKA

Seminggu yang lalu, saya sempat menghadiri Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor anjuran Yayasan Warisan Johor yang berlangsung di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Memang agak meletihkan tetapi inilah antara kesempatan bertemu dan bertaaruf dengan beberapa teman penulis muda dan mapan yang hadir seperti Fahd Razy, Azman Ahmad, Nisah Haron, Amaruszati, Norzailina Nordin, Ruzaini Yahya, Dzul Karnain Ithnain, Abdul Latip Talib, Razali Endun, dan Shapiaai Md Ramly, (sekadar menyebut beberapa nama).

Sesi pembentangan kertas kerja berlangsung macam biasa. Kadangkala menarik, terselit juga detik hambar dan mendatar, namun keseluruhannya memuaskan.

Apapun, bagi saya yang paling menarik tentulah dengan kehadiran Sasterawan Negara Arena Wati. Inilah kali pertama saya bertemu Pak Arena. Beliau duduk sebaris dengan saya cuma diselangi satu kerusi. Sudah 81 malah datang berjemput, tetapi mindanya masih pantas mengingat dan mencerna maklumat. Seringkali juga Pak Arena bangkit memberi respons yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para peserta.

3 komentar:

annyss 7:28 PG  

Zaid,
Tolong e-mel gambar ramai-ramai tu pada saya. Terima kasih.

zaidakhtar 3:08 PTG  

ok,
siapa2 juga yang mahu,
boleh beritahu saya.

sejarah itu spekulasi?

Harat 11:34 PG  

Salam,

Banyak ahli sejarah tempatan yang menyatakan bahawa dalam sejarah apa yang penting ialah "fakta" (bukan spekulasi). Akan tetapi, tafsiran sejarah boleh berubah apabila "fakta baru" ditemui.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP