Jumaat, Ogos 18, 2006

CATATAN BENGKEL MASTERA di BOGOR

Sudah lebih sepuluh hari kembali ke Malaysia, namun ingatan ini sesekali masih lagi terhantar ke Cisarua, Bogor, Indonesia. Kedinginannya di waktu pagi. Kehijauan ladang tehnya yang melatari bukit di belakang kamar. Segalanya masih terasa. Dekat, segar dan mesra di mata.

Oh ya, mengapa Bogor? Mengapa ke Indonesia?

Sebetulnya, saya telah terpilih untuk mengikuti Bengkel Penulisan MASTERA ke-10 yang berlangsung mulai 31 Julai hingga 7 Ogos 2006 di Wisma Arga, Mulya, Bogor. Program penataran sastera peringkat Asia Tenggara (terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura) yang diadakan setiap tahun kali ini tiba ke giliran genre novel. Justeru, enam orang peserta yang terpilih tahun ini terdiri daripada Alias Ismail, Jaya Ramba, Salina Ibrahim, Amaruszati Noor Rahim, Marwati Wahab, dan saya sendiri.

Memang terasa agak kecil juga diri ini bila dibandingkan dengan teman-teman lain yang turut terpilih (ditambah saya diberitahu betapa saingannya agak sengit). Usia kepengarangan saya rasanya masih hijau benar (walaupun cerpen saya mulai tersiar di media pada 1994). Malah baru 3 buah novel yang berjaya dihasilkan. Sedang peserta-peserta lain secara puratanya sudah menghasilkan lima buah novel. Namun itu pastinya bukan alasan untuk saya melepaskan peluang 'menggali' dan berkongsi ilmu dengan penulis-penulis seangkatan dan yang lebih berpengalaman. Apatah lagi, sudah enam tahun saya tidak ke luar negara sejak pulang dari Jordan pada Februari 2000.

Tambahan pula peluang ke Bengkel MASTERA tidak datang selalu apalagi setiap tahun. Untuk genre novel, ia hadir lima tahun sekali. Kali terakhir 2001. Mungkin peluang seterusnya pada 2011 nanti. Kalau 2011 agaknya usiaku sudah berapa ya? Khabarnya, peserta yang dipilihnya lazimnya berusia bawah 35 tahun. Meskipun ada sedikit kontroversi yang berlaku beberapa minggu lalu berkenaan program ini, namun saya sudah memilih untuk pergi dan berkata pada diri saya: Peluang datang sesekali, jadi jangan lepaskan!

30 Julai 2006

Saya bertolak ke KL dengan kereta api petang Ahad jam 5 petang (terlewat setengah jam). Tiket bas di Segamat habis sebab hujung minggu dan pada esoknya negeri Johor bercuti sempena Hari Hol Almarhum. Namun tambang Sinaran Petang sebanyak RM21 yang dibayar agak berbaloi untuk perjalanan yang saya anggap selesa.

Tiba di KL Sentral jam 8.15 malam, saya mengambil teksi ke Hotel Mandarin Court, di sebelah Hotel Mirama berhampiran DBP. Cuma RM9. Dapat kamar di tingkat 16 berdepan Stadium Merdeka yang gelap gelita. Selepas mandi dan bersolat jamak, saya keluar makan dengan seorang teman karib penulis yang datang menjemput di depan hotel. Kami makan malam di Jalan Pahang Barat berdekatan pejabat Harakah. Sembang-sembang. Tidak puas di situ, kami sambung minum teh di Bangsar hingga jam 1.

6 komentar:

annyss 7:37 PTG  

Salam,
Jangan lupa sambungan tulisan ini. Ini baru di Bangsar, tak sampai Bogor lagi. :)

zaidakhtar 11:53 PTG  

;-)
baru sebahagiannya saja ditulis.
baru 30 Julai.
nantilah...

Syikin 10:06 PTG  

Alhamdulillah. Selamat pulang.

nai 1:52 PTG  

Bogor?

di situ ada pesentren Syeikh Nuruddin

mohdlutfi,  11:12 PG  

betul apa yang sdr. nisah kata. bogor tentu lebih 'indah'. (;

Tanpa Nama,  11:45 PG  

wah, sdr. zaid baca "sarsarah fauqo annil?" sdr. zaid mmg hebat. Boleh tak ceritakan sedikit serba ringkas ttg novel tu?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP