Isnin, September 04, 2006

Inna Lillah

Semalam, satu lagi khabar kurang menggembirakan diterima. Penulis novel remaja yang terkenal sekitar akhir 80-an dan awal 90-an - Mohd Ismail Sarbini - telah dijemput Ilahi pulang ke pangkuan-Nya.

Khabarnya Allahyarham menderitai barah usus dan meninggal pagi semalam. Dia, sesungguhnya, selain Khairuddin Ayip, penulis yang sangat-sangat saya 'gilai' karya-karya mereka. Saya kira novel mereka berdua banyak merangsang awal penulisan saya. Sayangnya hingga hari ini kami tidak pernah bertemu.

Novel-novelnya seperti Mendung Semalam, Cinta Seorang Guru, Jalinan Kasih, Bunga Hati, Mawar Merah Kembang di Hati, Bingkisan Rindu, Nur di Sudut Hati dan banyak lagi adalah novel-novel remaja yang sangat mengesankan dan membina, malah berbeza pengolahannya dengan novel-novel popular masa kini.

Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh.
Al-Fatihah!

4 komentar:

tuan tanah 4:18 PG  

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Seperti saudara, Allahyarham juga adalah salah seorang pengarang favourite saya, selain Khairuddin Ayip, Ghazali Ngah Azia, Nazel Hashim Mohamad, dan Allahyarham Dr Othman Puteh.

Saya masih ingat salah sebuah novel Allahyarham - Ita yang Kusayang. Novel itu buat saya menangis masa kecil-kecil dahulu.

Al-Fatihah.

Zaid Akhtar 12:56 PG  

Saya fikir tidak ramai pembaca yang lahir akhir 80-an atau 90-an yang mengenali Allahyarham. Yang lahir 70-an dan mesra dengan novel2 terbitan 'K' Publishing atau Marwilis Publisher tentu biasa dengan karyanya.

Bagi saya, meskipun dia mengangkat tema lazim remaja - persahabatan, cinta, dsb - namun pengolahannya tersendiri. Unsur didaktiknya tidak langsung tetapi tetap menusuk!

Sikenit Comel-AminBakish 3:13 PG  

Saya penggemarnya. Al-fatihah

Syikin 2:35 PTG  

Al-Fatihah.

Sudah tiba masanya dia bertemu ALLAH. Moga dia bahagia di alam sana.Amin

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP