Sabtu, September 23, 2006


SINGGAH DI MADRASAH RAMADAN
Singgah di Madrasah Ramadan
sering aku malu melihat pakaianku sendiri
yang masih selekeh
membaluti jasad hitam berdaki.
Singgah di Madrasah Ramadan
selalu aku segan
membelek buku disiplinku
yang makin bertambah
catatan dakwat merahnya
di sana sini kutemui ulasan buruk
oleh Atid yang mengawasi.
Singgah di Madrasah Ramadan
kerap aku menyesali laku lalu
mentajdid niat
mengulang amal
yang sering kulupakan
sepanjang perjalanan sebelas purnama.
Buloh Kasap
3.18 petang
3 Ramadan 1426
Selamat singgah di Madrasah Ramadhan.
Ramadhan Kareem!

7 komentar:

hakim dirani 3:04 PG  

Selamat menyambut bulan ramadan kepada ustaz.

tuan tanah 6:45 PG  

Ramadhan kareem!

Selamat berpuasa.
Semoga amal ibadat kita diterima dan diberkatiNya.

zaidakhtar 11:52 PTG  

Salam Ramadhan!

Kita eja 'Ramadhan' atau 'Ramadan'?
Rasanya dalam Kamus Dewan edisi terbaru 2005, ia ditulis RAMADAN.

Penggunaan 'dh' hanya untuk Islam HADHARI kot!

Cuba rujuk Kamus Dewan. :-)

hakim dirani 3:15 PG  

Saya ada melihat Kamus Dewan. Ada beberapa perkataan yang saya agak hairan. contoh, aidilfitri kenapa tak aidulfitri bukankah lebih menepati bahasa arab. kalau salah tolong betulkan.

satu lagi perkataan halakah kenapa tak halaqah.

la_abwa 7:46 PG  

Bila dieja sebagai Ramadhan nampak lebih 'alim'nya kut.. :)

Zaid Akhtar 1:06 PTG  

Aidulfitri pun silap. Orang Arab eja atau sebut 'Eidil Fitri'. Huruf 'ain tu berbaris bawah kan?

Tapi agaknya sebab 'AidilFitri' tu dah turun temurun lamanya penggunaannya,justeru dipilih yang sudah biasa digunakanlah.

umaq_eiman 11:38 PG  

kan kita cuma menyedut kalimah itu ke bahasa kita. jadi sudah tentulah yang menyedut itu merubahnya agar mudah meniti dibibir orang melayu dan lentur lidah melayu yang kiat ini menuturnya.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP