Sabtu, Oktober 14, 2006

Nawaitu...

Dah nasib seorang selebriti
nak buat baik pun dipandang salah...


---> Soal kenyataan saya tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam filem Aduh Saleha, itu pendirian dan pendapat peribadi saya. Tak terlintas di hati untuk menyinggung mana-mana pelakon lelaki. Bagi saya, itu peringatan untuk diri sendiri. Andai ada yang terasa hati, dengan penuh ikhlas saya memohon maaf. Saya faham masing-masing mencari rezeki dan menghormati pendirian mereka.
- -> “Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?
“Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkan aku nak tengok saja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?”
"Kalau Mawi boleh bersalaman dengan peminat atau orang media (wanita), kenapa di dalam filem tidak boleh?"
"Lebih baik jual kopiah, jual kain..."
"Hukum berdosa atau tidak bersentuhan ini sudah ditentukan Allah. <---
Tetapi ini kerja saya, kalau saya tidak memberi nafkah kepada anak bini, tentu lebih berdosa. Entah-entah anak boleh jadi perompak untuk hidup."
“Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud.
“Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atib jalankan tugasnya."

Memo: Saya bukanlah peminat Mawi. Tapi pada saya, respon yang diberikan oleh dua pelakon terbabit terhadap syarat Mawi yang tidak mahu menyentuh pelakon wanita dalam lakonannya nanti agak keterlaluan.

4 komentar:

Tanpa Nama,  10:33 PG  

Salam Zaid

Sebab itulah kita patut menyokong usaha Faisal Tehrani derma RM1 seorang untuk menghasilkan drama atau filem yang tak cemar budaya melayu islam. Kenyataan Pak Rajoli tentang solat 5 kali sehari untuk beri peluang mencuci dosa dirasakan terlampau melampau! Sedih membaca kenyataan begitu. Ya, bila tiada sentuhan makanya sesuatu adengan itu menjadi kaku atau tidak real..jadi wahai karyawan di luar sana, fikirkanlah satu metod agar tidak berlaku adengan sentuh menyentuh di dalam karya anda, kalau anda benar2 faham hukum dan kata-kata matlamat tidak menghalalkan cara.

Faisal, bila nak mula projek drama?

Zaid Akhtar 1:21 PTG  

Petikan Pancaindera:

Apa yang buat Rosyam terasa sangat?

Seolah-olah semua apa yang kami buat selama ini semuanya salah. Itu saja. Saya tak kata pegang sesama muhrim tu tak berdosa. Saya tahu dosa pahala. Tetapi bab macam ini sangat sensitif. Boleh jadi macam-macam tanggapan orang.

:-(

diya 9:26 PTG  

ada terbaca juga ulasan begini. Sesuatu yang dipandang enteng itu akhirnya apabila diutarakan pendapat di kalangan mereka, rupanya boleh mengundang amarah.

Bukan saya menyokong mawi, kerana sy sendiri tidak langsung meminati mawi.Rasanya, kedua-dua pelakon tersebut tak perlu mengeluarkan kenyataan begitu.

Kenyataan rosyam noor yang menyamakan tugas seorang doktor dengan kerja mereka sbg pelakon juga membuatkan saya tersenyum sendiri.

pada sy perkerjaan seorang doktor dan pekerjaan seorang pelakon tidak boleh disamakan apabila memegang lelaki/perempuan ajnabi.

diya 9:27 PTG  

ada terbaca juga ulasan begini. Sesuatu yang dipandang enteng itu akhirnya apabila diutarakan pendapat di kalangan mereka, rupanya boleh mengundang amarah.

Bukan saya menyokong mawi, kerana sy sendiri tidak langsung meminati mawi.Rasanya, kedua-dua pelakon tersebut tak perlu mengeluarkan kenyataan begitu.

Kenyataan rosyam noor yang menyamakan tugas seorang doktor dengan kerja mereka sbg pelakon juga membuatkan saya tersenyum sendiri.

pada sy perkerjaan seorang doktor dan pekerjaan seorang pelakon tidak boleh disamakan apabila memegang lelaki/perempuan ajnabi.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP