Isnin, Oktober 30, 2006

من العائدين والفائزين Sempena Syawal yang mulia ini, saya ingin membuat sedikit pembetulan atas kesilapan yang sangat berleluasa dalam sebutan kita.

Barangkali kita sangat biasa mendengar sebutan "MINAL AIDIL WAL FAIZIN". Akan tetapi sebutan itu sebenarnya tersasar. Yang setepatnya "MINAL A'IDIN WAL FA'IZIN"
من العائدين والفائزين.
'A'idin maknanya golongan yang kembali. Mufradnya a'id عائد. 'A'idin menurut nahu Bahasa Arab adalah jamak muzakkar salim yang majrur dengan huruf ya.
Fai'zin pula golongan yang berjaya atau menang. Mufradnya fa'iz فائز . Fa'izin juga jamak muzakkar salim yang majrur dengan huruf ya. Jadi, "Minal a'idin wal faizin" bererti daripada "golongan yang kembali dan berjaya/menang".

Habis bagaimana pula dengan sebutan 'Aidil itu? Kalimat 'Aidil' adalah cantuman "aid" عيد dan "al" ال. Selepas “al” mestilah didatangkan isim bukannya huruf “wau”. Kalimat “aidil” hanya boleh digunakan bila adanya mudhof ilaih seperti kalimat “Fitri” فطر atau “Adha” أضحى. Dari situ, barulah terbit kalimat 'Aidil Fitri عيد الفطر dan 'Aidil Adha عيد الأضحى.

Kerana ia berbentuk doa, maka seeloknya kita menyebutnya dengan betul. Kalau didengar oleh orang Arab, tercengang-cenganglah mereka agaknya mahu memahamkannya. Saya kira, kesilapan ini berpunca daripada lagu-lagu raya yang biasa kita dengar menjelang lebaran. Enak disebut tidak semestinya betul. Justeru, marilah sama-sama kita mengubahnya.


من العائدين والفائزين

7 komentar:

mohamadkholid 8:31 PTG  

selamat hari raya...
catatan yang sangat menarik - yalah, lidah melayu, jawa, bugis dan lain-lain perlu dibetulkan...

annyss 7:52 PG  

selamat kembali dari bercuti...
Benar, catatan ini amat penting, malah kalau ada kesempatan, zaid hantarlah ke ruangan agama sama ada di Utusan ataupun Berita Harian. Ia wajar menjadi tatapan umat Muslim Melayu, khasnya yang lebih mempercayai lagu-lagu raya.

** Bulan Ramadhan pun boleh disebut bulan "Remdan" dalam satu lagu raya.

ikhlas,
Nisah Haron

amirMukhriz,  12:41 PTG  

terima kasih untuk ilmu ini. selamat hari raya buat ust zaid dan keluarga. maaf zahir dan batin.

zaidakhtar 12:11 PG  

Saya tergerak utk menegur kerana ada juga golongan agamawan (yang mempelajari Bahasa Arab) yg menulis begitu (mungkin menyebutnya juga begitu) dlm sms ucapan hari raya mereka kepada saya. Barangkali mereka tak perasan.

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 di sekolah yang saya ajar, sudah saya betulkan.

tuan tanah 4:50 PG  

terima kasih :)

selamat hari raya.
minal a'idin wal fa'izin.

gitartong 11:03 PG  

oh! baru tahu!

Amiene Rev 1:26 PG  

selamat hari raya

ya... resolusi antara lidah...

aduh bahasa bangsaku...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP