Ahad, Oktober 15, 2006

TERIMA KASIH, TUHAN!

Ya Allah, aku berterima kasih kepada-Mu kerana menghantarku ke sana! Kini kuakui, betapa tanggungjawabku berdakwah lewat penulisan ini juga berat. Amat berat. Dugaannya luar jangka. Amar makruf nahi mungkarnya juga banyak yang mesti dilaksana.
Peliharalah aku daripada golongan yang jahil dan zalim. Golongan yang tidak dapat membezakan antara kaca dan permata. Antara bunga api dan lilin. Antara anak dara, janda, dan isteri orang.
(Hmmm. Apa agaknya ya? Apa agaknya reaksi Pak Lah dan Tun Mahathir jika tiba-tiba sahaja Susilo Bambang Yudhoyono sibuk mencelah merapik meraban mengulas 'krisis' mereka berdua? Tidakkah itu menjaga tepi kain orang namanya?)

2 komentar:

lutfi 10:10 PTG  

zaid, dalam gambar tu ahadiat sampaikan ceramah selepas dia main bola ke? patutlah nampak macam letih sangat.

zaidakhtar 11:09 PTG  

salam lutfi,

Pak Ahadiat barangkali menggemari jersi bola dan menyokong Arsenal. Saya juga nampak dia ada pakai jersi Itali berjenama Puma. Biarlah. Saya juga penyokong Liverpool dan Belanda. :-)

Bogor berbukit-bukau, mana nak dicari padang bola?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP