Isnin, November 13, 2006

KAMI SOKONG!

Ketetapan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII yang telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (DBP) baru-baru ini :

* Mendesak kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensinya supaya mendidik masyarakat sentiasa menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kesusasteraan.
* Menuntut status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan dikembalikan keadaannya seperti sebelum 2002 termasuk proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.
* Memastikan peningkatan peranan dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa peradaban oleh institusi ilmu, pemerintah dan seluruh warganegara.
* Meminta kerajaan agar membina dasar buku berbahasa Melayu untuk melengkapi perpustakaan ilmu, industri buku dan penyebaran kesemua perpustakaan dalam negara.
* Menegaskan kembali keyakinan terhadap kewajaran prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan kaedah pembinaan kebudayaan kebangsaan Malaysia demi kesatuan dan keutuhan bangsa.
* Peningkatan mutu sastera melalui pelbagai strategi termasuk penterjemahan karya agung dan dukungan yang kuat terhadap para karyawan dalam pelbagai aspek.
* Menuntut kerajaan sentiasa memberi pengiktirafan kepada para karyawan sastera kerana peranan dan sumbangan mereka terhadap karya dan pembinaan sastera kebangsaan yang bermutu.
* Mendesak kerajaan memberi pengiktirafan terhadap peranan besar dalam kalangan gerakan rakyat pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk memajukan bahasa, sastera dan kebudayaan kebangsaan pada tahap antarabangsa.
* DBP perlu memberi sokongan terhadap peranan dan fungsi Jawatankuasa Pemeriksaan Bahasa Melayu yang dibentuk oleh kerajaan.
* Menyambut baik bakal pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang memberi kuasa kepada DBP sebagai agensi penguat kuasa terhadap segala kelemahan penggunaan dan perlaksanaan fungsi bahasa di dalam negara.
* Menyokong usaha DBP sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan kreativiti para karyawan sastera, meluaskan khalayak sastera dan meningkatkan mutu hasil sastera pada tahap global

Rujuk sumber!

2 komentar:

amanitium 4:15 PG  

daripada sudut lain, seorang kanak-kanak, yang biasa berbahasa melayu di rumah, kemudian disuruh belajar sains dan matematik di dalam bahasa inggeris;

tidak lainnya seperti, pemuda-pemudi yang baru masuk U dan disuruh belajar linear algebra dan electronic analysis dalam kod morse, ataupun dalam braille;

yang mana tidak semua mampu, walaupun ada yang mampu.

zf_zamir 2:37 PG  

ini saya gelarkan jenayah politik pop..

macam kes karya pop sastera,

mungkin? hehe..

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP