Jumaat, Disember 22, 2006

BANJIR di SEGAMAT (sesudah surut)

Di dalam kereta Kancil sahabat saya, Ustaz Saifullah Hamzah
di Jalan Nuri, Kg. Abdullah.
(Lihat pada cermin tingkap keretanya yang berjalur)
Di atas lori, di hadapan Medan Selera Kenawar.
(Air di hadapan Sg. Kenawar masih lagi paras pinggang.)
Di hadapan Wisma Arshad (dulu Satay Madura). Papan tanda jalan pun ranap dipukul arus. Gambar diambil dari atas landasan kereta api yang rosak teruk.
Di hadapan Medan Selera Kenawar, Jalan Genuang.
Atap rumah yang hanyut menyembam di landasan kereta api.
Memo: Gambar-gambar ini dirakam pada sore 21 Disember 2006 setelah air bah surut. Innalillah! Kata orang tua-tua, inilah banjir terdahsyat di Segamat sejak 1952!

4 komentar:

hakim dirani 9:27 PG  

Assalamualaikum,
Rumah ustaz kena bah sekali ka?

annyss 4:43 PTG  

Innalilillah... Semoga bah segera surut dan tidak menyurutkan semangat Zaid untuk terus menulis.

Nazhatulshima Nolan 4:09 PG  

Salam,
Saya pasti Yazid akan menceritakan hal banjir. Saya cuba post gambar tetapi tak timbul pula. Walaupun kita dekat tapi jauh, saya terperangkap di UiTM.

Nisah,
Kejadian ini menambahkan idea untuk menulis dan pelbagai kerenah manusia saya dapat lihat.

Zyed 6:03 PG  

Saudara-saudara senegeri dengan kami,

Dulu, semasa kami masih di bangku sekolah, Mersing adalah tempat "favourite" banjir di Johor. Saban tahun, ada sahaja wajah orang-orang kampung kami yang muncul di kaca tv, sedang berenang-renang di dalam banjir atau mungkin sedang menikmati hidangan nasi kawah.

Sesuatu di luar jangkaan manusia (hanya Dia Yang Maha Mengetahui), air bah yang lebih dahsyat melanda daerah-daerah lain, dan penduduk kampung kami tidak se"glamer" dulu lagi.

Walaupun kami tidak glamer lagi, kami masih berharap dan berdoa agar air bah di Johor cepat-cepat surut.

Semoga saudara-saudara semua mampu bersabar dan redha dengan ketentuan ini.

Kami juga berharap agar penyakit berjangkit tidak menular di daerah saudara-saudara semua.

Kami percaya ADUN kami yang bergelar doktor itu yang juga timbalan menteri kesihatan itu bakal melakukan sesuatu untuk saudara-saudara semua. InsyaAllah.


pesanan khas untuk beliau;
YB , pilihanraya dah dekat ni...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP