Sabtu, April 29, 2006

INFO SASTERA

Johor Bahru - DBP Wilayah Selatan akan menganjurkan program Ceritera Bersama Karyawan Zaid Akhtar pada 6 Mei ini. Ia merupakan sebuah program berbentuk santai sastera yang diilhamkan oleh Unit Sastera DBP Wilayah Selatan pada setiap hari Sabtu bagi minggu pertama bermula Mac hingga September depan.

Sebanyak 6 siri program akan diadakan pada tahun ini melibatkan genre puisi, cerpen, novel, dan teater. Program yang diadakan ini akan mengundang karyawan sastera terutamanya karyawan muda negeri Johor dalam pelbagai genre sastera.

Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan apresiasi sastera melalui pengalaman karyawan sastera. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program yang bertempat di Balai Seminar DBP Wilayah Selatan terletak di Larkin Perdana pada pukul 9 pagi.
Sumber: KOSMO, Sabtu, 29 April 2006

MAYAT BARU DIKAFAN HIDUP SEMULA!

Alhamdulillah. Akhbar tulisan jawi Utusan Melayu Mingguan yang telah dikafankan, rupanya belum dikebumikan apalagi ditalqinkan. Kuburnya yang ditempatkan di Muzium Negara juga terpaksa dikambus semula. Saya percaya selagi Islam masih bernafas, selagi Bahasa Arab masih bernyawa, takkan tulisan JAWI hilang di dunia!

JARI HANTU DAN PUNGGUNG SIAPA DI SANGGANG DULU?

Masya Allah. Memang memalukan bila pemimpin yang buat begini. Akan tetapi, untuk mengapa kita mencemuh apalagi mengeluh, jika itulah pemimpin yang telah kita pangkah dalam Pilihanraya 2004 dulu. Moga MB kita ini insaf dan sedar betapa orang Pahang sopan santun akhlaknya seperti Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Paling tidak pun suka tersenyum, mesra artis dan mudah dirapati seperti Tengku Muda!

Read more...

Jumaat, April 28, 2006

UMAT AKHIR ZAMAN
Daripada Abi Malik al-Asyari berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan minum arak dan mereka menamakannya dengan nama lain. Mereka minum sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menengelamkan mereka ke dalam bumi (dgn gempa dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera dan babi". (Riwayat Ibnu Majah)

Na'uzubillahiminzalik. Moga kita bukan daripada golongan yang menjadikan artis sebagai idola apalagi pandir membazirkan duit untuk esemes sia-sia dan menyokong calon-calon penyanyi yang entah ke mana arah hiburan bernafsu rendahnya.

Read more...

Rabu, April 26, 2006

BOHONG

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?""Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek."Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Antara kenyataan yang akan dianggap bohong selepas ini:

1. "Saya memahami semasa kita menaikkan harga minyak dulu kita dah kaji sampai akhir tahun (harga minyak) tidak akan dinaikkan lagi."

2. "Nampaknya kerajaan kena keluarkan belanja lebih daripada diharapkan untuk dijimatkan sebelum ini. Tapi kita sudah buat janji dan rakyat pegang kepada janji itu."

Read more...

Ahad, April 23, 2006

FA CUP SEMI FINAL
Liverpool 2 Chelsea 1

Apa kata Jose Mourinho?
Beaten Chelsea manager Jose Mourinho felt his team were very unfortunate to lose to Liverpool in the FA Cup semi-final and believed two key decisions by referee Graham Poll turned the game against his team. Mourinho claimed the free-kick that led to John Arne Riise's opening goal should not have been given and also felt John Terry's disallowed goal should have stood.

Mourinho also dismissed suggestions that he and Chelsea should be worried about the threat of Liverpool to their Premiership crown next season. "I can't wish Liverpool all the best for the final but I wish them good luck for the Champions League qualifier at the start of next season," added the Chelsea boss.

"I am not worried at all about Liverpool and they have no chance of winning the Premiership title next season. We are 45 points ahead of Liverpool in the Premiership over the last two seasons and they have only beaten us twice in 10 games."

Memo: Bila kalah, memang begitulah selalunya komennya. Payah menerima kekalahan. Bersalam pun tak mahu. Wang tidak boleh membeli segalanya, Jose!

Apa pula komen Rafa Benitez?

And on Mourinho's comments Liverpool's manager said: 'I have heard the same things before the Champions League games. We are in the final of the FA Cup and I must give credit to players and not talk about the other team.'

Memo: Great job, Rafa!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP