Sabtu, Mei 27, 2006

SEORANG PEMIMPIN & SEBUAH IMPIAN
"bila pengikut abuya sampai pada sakaratul maut, abuya akan duduk di sebelah kanan.. maka syaitan tak berani datang dekat sebab abuya (orang Tuhan) ada kat situ dalam kubur, ada lembaga putih (disebutkan 'ruh muqaddas mutiara abuya') duduk sebelah mayat pengikut abuya.. bila malaikat Munkar & Nakir datang nak tanya soalan, lembaga tu akan kata : "Ya Munkar, Nakir.. ni anak murid saya.. kalau ada apa apa tanyalah saya".. jadi malaikat Munkar & Nakir tak dapat buat apa apa pada mayat tersebut sebab abuya tu orang Tuhan "

"pada hari qiyamat, abuya tunggu murid-murid nya yang setia untuk bg syafaat.. al-mahdi berdiri sebelah abuya & turut bg syafaat.. sebelah al-mahdi adalah Rasulullah yang turut memberikan syafaat pada pengikut2 abuya.."
Nak dengar petikan VCD ni? Klik http://rufaqa.multiply.com/

Memo: Istighfar. Kesian Abuya dan pengikut-pengikutnya.
Hum fi dholalim mubin!
SEBUAH IKLAN & SEORANG PEMIMPIN

Memo : Istighfar lagi. Kesian juga. NST lebih utamakan iklan daripada pemimpin Islam Hadhari kita!

Read more...

Jumaat, Mei 26, 2006

ANAK SIAPA?
(inilah gambar anak-anak Cina yang bersekolah di sebuah PASTI al-Hidayah di Sabak Bernam)


SETELAH TERENGGANU MENJADI HADHARI

Ya, setelah Terengganu melangkah ke era hadhari mulai 22 Mac 2004, 51 ribu pelajar di negeri Serambi Madinah itu didapati tidak tahu solat. Kenapa? Tak percaya? Cuba baca petikan Berita Minggu, Ahad lepas ini.

DUNGUN 19 Mei - Lebih 51,000 atau kira-kira 34 peratus daripada 149,000 pelajar tahun dua hingga enam di negeri ini didapati tidak tahu jumlah rakaat setiap solat lima waktu. Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Mohd. Nasir Harun berkata, angka itu berasaskan kepada kajian oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu baru-baru ini.


Yang "HEBOH" tetap HARAM!

Susah betul mahu memahamkan golongan yang bangang @ jahil @ taghut. Begitulah agaknya yang tercetus di fikiran Mufti Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria. Baginya, program konsert 'Sure Heboh' yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen swasta di negara ini tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi 'Jom Heboh'.

"Saya bersedih program itu masih diteruskan dan kini timbul pula Fiesta Hurra yang diterbitkan oleh televisyen milik kerajaan sendiri” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Keluarga Islam di Masjid Negeri Perak baru-baru ini.

Read more...

Khamis, Mei 25, 2006

PERTEMUAN PENULIS JOHOR - PAHANG KE-2

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (JKKW) Negeri Pahang
akan menganjurkan
Pertemuan Penulis Johor - Pahang Ke-2
pada :
Tarikh : 10 -11 Jun 2006 (Sabtu - Ahad)
Tempat : 1- Kediaman Rasmi Y.A.B. Menteri Besar Pahang, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang. (Majlis Perasmian pada 10 Jun 2006 pukul 8.00 malam - 10.30 malam)
2- Auditorium Taman Budaya Negeri Pahang, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang.
(Sesi pembentangan kertas kerja pada 11 Jun 2006 pukul 8.30 pagi - 12.00 tengah hari)
Menteri Besar Pahang. Y.A.B. Menteri Besar Pahang juga akan melancarkan sebuah buku berjudul ‘Potret’ yang merupakan antologi puisi penulis Johor - Pahang. Selain itu, Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ Ismail Hussein, Ketua 1 GAPENA akan menyampaikan ucap utama dalam majlis perasmian tersebut.

Pertemuan ini merupakan salah satu usaha untuk membincangkan topik berkenaan pemerkasaan sastera dan bahasa. Dalam konteks genre sastera, para pembentang kertas kerja yang terdiri daripada ahli DPMP dan PPJ serta pegawai DBP akan memperkatakan tentang sastera tradisi yang melibatkan negeri Johor dan Pahang.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,
sila hubungi Rusdi Abd. Rahman dan Mohd. Rizal Mohd. Ali, DBP Wilayah Selatan
(no. tel.: 07 - 235 8802 / 07 - 236 8282 , no. faks.:07-2358686).

Read more...

Selasa, Mei 23, 2006

Dua hadis untuk renungan

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda “Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan darimanakah ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram”

Daripada Anas bin Malik ra berkata; “Akan aku ceritakan kpd kamu sebuah hadis yang tiada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; "Di antara tanda-tanda kiamat ialah sedikit ilmu,banyak kejahilan,berlaku banyak perzinaan,ramai kaum wanita dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan limapuluh orang perempuan"

'Sedikit ilmu, banyak kejahilan' akan semakin ketara apabila para ulama dimatikan. Mungkin kita tidak berapa kenal siapa ulama pewaris para Nabi berbanding artis penyemai maksiat. Justeru, mungkin kita boleh ke paparan yang disediakan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ini untuk mengenali siapa ulama kita yang masih hidup dan yang sudah meninggalkan alam yang semakin tiba di penghujung..

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP